(KEMAS KINI) GIVI MS35.0 Scudo Dilancarkan – Dari RM365

GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan helmet terbaru, GIVI MS35.0 Scudo untuk pasaran tempatan.

Menariknya, MS35.0 Scudo ini merupakan helmet jet pertama di Malaysia yang mencapai standard keselamatan terbaru Eropah, ECE22.06.

Bagi mencapai standard ECE22.06, setiap helmet perlu menjalani ujian lebih lasak termasuk ujian penembusan, impak berkelajuan tinggi dan rendah serta impak di bahagian kiri, kanan dan atas helmet.

Ini sekaligus memberi jaminan bahawa helmet Scudo ini menawarkan perlindungan dan keselesaan terbaik bagi si pemakai.

Bukan itu sahaja, kami juga diberitahu bahawa helmet GIVI MS35.0 Scudo ini juga dibina mengikut saiz ukuran kepala orang Asia.

Hasilnya, cengkerang MS35.0 Scudo ini sesuai untuk rakyat Malaysia yang mempunyai bentuk kepala yang bulat.

Untuk rekod, GIVI MS35.0 Scudo ini datang dengan dua saiz cangkerang, kecil (S,M dan L) serta besar (XL dan XXL). Dua saiz berbeza ini memastikan helmet Scudo ini sesuai untuk pelbagai jenis saiz kepala. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • Micrometric Quick Release Buckle
  • double-visor
  • visor anti-calar
  • dua corong udara

Menurut GIVI Malaysia, helmet MS35.0 Scudo ini tampil dengan lapan warna menarik termasuk Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Draco Black Red, Graphic Draco YelloW Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphoc Ventura Grey Yellow dan Graphic Ventura White Blue.

Helmet GIVI terbaru ini akan mula didapati dipasaran pada bulan September ini dengan harga rasmi bermul RM365 (tanpa grafik) dan RM410 (dengan grafik).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply