Perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go akan ditutup di Lebuhraya Utara Selatan bermula 30 Mei hingga 10 Jun ini dalam usaha untuk memastikan kelancaran trafik. Dalam pengumuman yang dibuat di laman Facebook, PLUS Malaysia menasihatkan pengguna jalan raya agar menggunakan servis tambah nilai di kiosk yang terletak di kawasan rehat sepanjang lebuhraya. Sementara itu,…
Author: Amirul Azreen
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa untuk membina laluan motosikal di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut terutamanya melibatkan penunggang motosikal. Lebuhraya Pulau Indah merekodkan lebih 2,700 kemalangan sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan. “Terlalu banyak kemalangan maut berlaku melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya Pulau…
Difahamkan, Honda sedang dalam proses pembikinan motosikal ‘adventure’ baharu – CRF850L atau Africa Twin dengan enjin yang lebih kecil. Menurut khabar angin tersebut, model tersebut akan ditayangkan pada 2020 dan akan dijual sebagai model tahun berikutnya. Bagaimanapun, masih tiada kepastian tentang reka bentuk sebenar model ini. Tetapi difahamkan, CRF850L akan memiliki mengekalkan rekaan sama seperti…
Suzuki dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan Suzuki Katana dengan spesifikasi yang lebih premium – diberi nama Suzuki Katana R. Menurut laporan di Jepun, model edisi terhad tersebut akan diberi nama Suzuki Katana 1135R dan akan berkongsi beberapa spesifikasi sama yang terdapat pada Suzuki GSX-R1000R. Jadi peminat Suzuki boleh menjangkakan Katana R akan memiliki penyerap hentakan…
Ketika Yamaha memperkenalkan YZF-R15, ramai yang memberikan maklumbalas positif terutamanya daripada segi rupa keseluruhan motosikal ini. Rekaan bercirikan ‘sportbike’ menjadi fokus utama terhadap penghasilan model baharu ini. Bagaimanapun, kami telah diberitahu bahawa terdapat beberapa keluhan yang disuarakan pemilik jentera ini terutamanya mereka yang baru sahaja beralih daripada motosikal ‘kapcai’ kepada R15. Rata-rata mengadu bahawa…
Sesiapa yang bercadang untuk balik kampung dengan motosikal bersesaran bawah 150cc boleh berkunjung ke Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang hari ini untuk mengisi minyak dengan percuma. Menurut laporan Harian Metro, ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ diadakan hasil kerjasama dengan Parti Amanah Negara…
Awal bulan April lalu, kami terbang sejauh 15,000km ke Jerez, Sepanyol bagi menguji tayar terbaru daripada pengeluar tayar terkenal Jepun, Bridgestone Battlax Hypersport S22. Tayar S22 merupakan evolusi terbaru bagi siri sebelum ini Battlax Hypersport S21. Bridgestone Motorcycle & Scooter Tyres Centre – Malaysia (RM Mart Sdn Bhd atau BridgestoneMoto) telah memberi kami peluang untuk…
Seorang anggota polis berusia 27 tahun meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugas apabila dilanggar oleh sebuah motosikal di KM23.2 Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru, semalam. Pelanggaran tersebut turut menyebabkan seorang lagi anggota polis tercampak ke atas jalan raya lantas mencederakannya. Mangsa, Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, sedang melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah van sebelum dilanggar dalam…
Pengguna jalan raya digesa untuk mematuhi segala peraturan jalan raya ekoran pihak berkuasa telah menetapkan saman maksimum RM300 ketika Ops Selamat bagi musim raya ini. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa tiada diskaun terhadap sebarang saman yang dikenakan sempena musim perayaan ini. Menurut laporan The Star, pihak berkuasa juga akan lebih tegas terhadap…