Lebuhraya Pulau Indah Perlukan Laluan Motosikal

Sumber: Sam Tham @ The Star

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa untuk membina laluan motosikal di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut terutamanya melibatkan penunggang motosikal.

Lebuhraya Pulau Indah merekodkan lebih 2,700 kemalangan sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan.

“Terlalu banyak kemalangan maut berlaku melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya Pulau Indah. Laluan sibuk dan banyak lori yang menggunakan jalan tersebut.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa lain yang ketika ini sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf perlu membina laluan motosikal,” katanya.

Abdullah Sani berkata kebanyakan penunggang motosikal adalah golongan B40.

“Pihak JKR perlu terbuka dalam cadangan ini dan kerajaan persekutuan perlu menyediakan suntikan kewangan agar cadangan ini dapat dilaksanakan,” tambahnya yang turut akan membawa perkara ini ke persidangan Parlimen nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.