Great Wall Motor (GWM) telah mempamerkan komitmen terhadap kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan memperkenalkan barisan model NEV menerusi jenama HAVAL, TANK, ORA, POER dan WEY di Auto Shanghai 2023, baru-baru ini. Naib Presiden dan Ketua Pemasaran Antarabangsa GWM, Parker Shi, mengetengahkan visi baharu syarikat itu terhadap NEV di samping menegaskan betapa signifikan Auto Shanghai 2023…
Author: Amirul Azreen
Pengeluar skuter Taiwan, Kymco, telah melancarkan skuter maxi terbaru bagi tahun 2023 menerusi Kymco AK Premium 550. Kymco AK Premium 550 merupakan varian ‘flagship’ yang lahir daripada model standard, AK550 yang diperkenalkan pada 2017. Menurut Kymco, AK Premium 550 ini datang dengan panel badan yang lebih agresif meskipun reka bentuk keseluruhan tampak sama dengan model…
Tidak dinafikan, Yamaha TMax merupakan motosikal yang telah menetapkan petanda aras dalam segmen skuter maxi. Ketika diperkenalkan julung kalinya pada 2001, Yamaha TMax merupakan skuter terbesar pernah dihasilkan dengan kapasiti enjin 500cc sebelum generasi terbaru yang diperkenalkan tahun lalu menyaksikan TMax kini dikuasakan platform 560cc. Ekoran daripada populariti TMax, pengeluar motosikal dunia juga mula melahirkan…
Supermoped yang ditunggu-tunggu daripada Modenas dikhabarkan telah mula menjalani ujian awal di luar negara. Memetik laporan rakan media PanduLaju, prototaip berkenaan didakwa sedang menjalani proses ‘fine-tuning’ dengan wakil Jepun yang memantau proses tersebut telah pun hadir ke Modenas bulan lalu bagi berkongsi perkembangan terbaru. Difahamkan, projek supermoped itu dijangka siap sekitar tahun 2025 dan dijadualkan…
Susulan permintaan motosikal berkapasiti kecil dan sederhana semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara maka tidak hairanlah semakin banyak model diperkenalkan di rantau ini. Terbaru, Suzuki memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX di pasaran Indonesia dengan harga jualan rasmi IDR59.5 juta (RM17.7k). Menurut Suzuki Indonesia, motosikal ‘adventure’ 250cc itu datang dengan tiga warna…
Bagi pasaran Malaysia, jenama Lifan mungkin lebih terkenal sebagai pembekal enjin motosikal namun syarikat berpangkalan di China itu juga mempunyai barisan model motosikal tersendiri. Untuk rekod, jenama Lifan juga memasuki Malaysia menerusi MForce Bike Holdings yang memasarkan Lifan KPV150 (yang dijenamakan semula sebagai WMoto Xtreme 150i). Terbaru, Lifan telah melancarkan motosikal jenis ‘cruiser’ yang dikenali…
Selepas memperkenalkan Harley-Davidson X300 bulan lalu, Harley-Davidson dengan kerjasama QJ Motor telah melancarkan Harley-Davidson X500 di pasaran China dengan harga jualan CNY44,388 (RM28.5k). Menurut Harley-Davidson, X500 itu datang dengan tiga pilihan warna; Vibrant Orange, Bright Silver dan Dazzling Black. Kerjasama dengan QJ Motor menyaksikan Harley-Davidson X500 dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Benelli Leoncino 500,…
Motosikal jenis naked terbaru keluaran Honda, CB750 Hornet telah pun memasuki pasaran negara jiran, Thailand. Datang dengan dua pilihan warna; Graphite Black dan Pearl Glare White, Honda CB750 Hornet ini ditawarkan pada harga THB319,000 (RM41.2k). Honda Hornet 750 dihidupkan enjin parallel-twin 755cc 8-valve dengan penyejukan cecair dan menampilkan sistem Unicam serta ‘270-degree crank’. Menariknya, bahagian…
KTM telah menghentikan pengeluaran model 790 selepas memperkenalkan 890 Adventure dan 890 Duke pada tahun 2021. Pada waktu itu, hak pemilikan enjin 790 juga telah diserahkan kepada CFMoto yang merupakan rakan kongsi KTM di China. Bagaimanapun, memasuki tahun 2023, KTM membuat keputusan untuk mengembalikan semula model 790 untuk pasaran global termasuk 790 Duke dan 790…