Suzuki V-Strom 250 SX Masuk Pasaran Indonesia, Malaysia Destinasi Seterusnya?

Susulan permintaan motosikal berkapasiti kecil dan sederhana semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara maka tidak hairanlah semakin banyak model diperkenalkan di rantau ini.

Terbaru, Suzuki memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX di pasaran Indonesia dengan harga jualan rasmi IDR59.5 juta (RM17.7k). Menurut Suzuki Indonesia, motosikal ‘adventure’ 250cc itu datang dengan tiga warna pilihan yang terdiri daripada Champion Yellow, Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black. 

V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom 250 SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

Menyaksikan V-Strom 250 SX ini telah pun diperkenalkan di Filipina dan kini Indonesia, adakah ini petanda besar bahawa motosikal tersebut akan turut dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi? 

Apa pun, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Suzuki Malaysia. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]