Modenas Lancar Dominar 250 Mei Ini?

Januari lalu, kami melaporkan bahawa Modenas merancang untuk memperkenalkan Dominar 250 tahun ini namun ketika itu maklumat terperinci mengenai tarikh pelancaran masih samar.  Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa Modenas bakal melancarkan Dominar 250 itu pada bulan Mei ini di Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mei.  Kemunculan versi 250cc itu…

Pasangan Suami Isteri, 17 Dan 16 Tahun Serah Diri Selepas Aksi ‘Wheelie’ Tular

Pasangan suami isteri telah ditahan pada Khamis selepas terlibat melakukan aksi ‘wheelie’ dengan motosikal jenis Honda EX, baru-baru ini.  Pasangan berusia 17 dan 16 tahun itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 10 pagi Khamis dan disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.  Bagaimanapun, pasangan muda…

GWM Anjurkan Persidangan Antarabangsa Bersama Rakan Kongsi Di Shanghai

Pada 19 April, GWM telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa 2023 dengan tema “GWM BAHARU, TENAGA BAHARU”, yang dihadiri lebih 260 wakil pengedar dari lebih 60 buah negara dan wilayah. Mu Feng, Presiden GWM, telah memberikan pengenalan terperinci kepada para hadirin mengenai perkembangan global GWM, Ekosistem Hutan dan perancangan strategik tenaga baharu. GWM telah mengisytiharkan deklarasi tenaga…

Malaysia Autoshow 2023: Kawasaki Malaysia Bakal Lancar Model ‘KLX’ Dan ‘Z’

Pameran automotif terbesar di Malaysia, Malaysia Autoshow 2023 akan kembali berlangsung pada 4 hingga 7 Mei ini di MAEPS, Serdang.  Antara jenama automotif yang akan turut meriahkan pameran kali ini adalah Kawasaki Malaysia.  Berdasarkan perkongsian ‘teaser’ terbaru di media sosial, Kawasaki Malaysia akan memperkenalkan beberapa model baharu. Melihat kepada ‘teaser’ yang dikongsikan, model yang bakal…

Kawasaki Ninja ZX-9R Dalam Pembangunan

Meskipun belum dipasarkan di Malaysia namun Kawasaki kembali mencuit hati peminat sejak memperkenalkan Ninja ZX-25R dan terbaru, Ninja ZX-4R di pasaran global.  Kawasaki Ninja ZX-25R dan ZX-4R merupakan motosikal platform 250cc dan 400cc yang disuntik dengan enjin 4-inline sekaligus menyumbang kepada angka kuasa yang tinggi dengan masing-masing menawarkan 50hp dan 79.1hp.  Menariknya, Kawasaki tidak akan…

Baling Objek Ke Kereta Di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, 4 Remaja Dicekup

Polis telah menahan empat remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian baling objek keras ke arah kereta yang bergerak di KM53, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, pada Selasa.  Memetik laporan Berita Harian, keempat-empat suspek itu berusia antara 15 hingga 17 tahun.  Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Rahimi Zainol, suspek menaiki motosikal lalu…

QJ Motor Bangunkan Enjin V4 1,000cc Sendiri, Lebih 200HP

Pengeluar motosikal China dan syarikat induk kepada jenama Benelli, QJ Motor disahkan sedang membangunkan enjin berkuasa serba baharu berdasarkan paten terbaru yang difailkan di negara itu.  Menurut paten tersebut, QJ Motor kini sedang giat menghasilkan platform V4 moden dengan kapasiti sekitar 1,000cc dengan konfigurasi 90-darjah dan DOHC serta 4-valve bagi setiap silinder.  Melihat kepada lakaran…

JSPT Cari Penunggang Motosikal Beraya Sambil ‘Wheelie’ Dengan Honda EX5

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.  Video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju melayu bersama seorang wanita berbaju kurung melakukan ‘wheelie’ di Jalan Pasir Puteh, Kg Peringat, Kota Bharu,…