Ford Ranger FX4 Dilancarkan Secara Strim Langsung 3 Jun Ini

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal melancarkan Ford Ranger FX4 baharu pada 3 Jun ini. Pelancaran itu dijadualkan akan diadakan secara strim langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran YouTube dan Facebook. Meskipun menampilkan rekaan luar yang lasak dan garang namun Ranger FX4 dilengkapi pelbagai teknologi pintar terkini antaranya: 4X4 Shift-On-The-Fly EPAS (Electric Power Assisted…

Bila Boon Siew Honda Nak Bawa Masuk Tiga Model Ini?

Persoalan di atas sering menjadi topik meja bulat bagi peminat motosikal di Malaysia. Tiga model tersebut merujuk kepada Honda Winner X, CBR250RR dan terbaru ADV 150. Januari lalu, Boon Siew Honda telah melancarkan beberapa tiga model baharu dan rata-rata harga ditawarkan sekitar RM100,000 ke atas – RM198,000 bagi CBR1000RR-R SP, RM117,888 bagi Africa Twin Adventure…

Isuzu Malaysia Beri Jaminan Cepatkan Serahan 300 Tempahan Kenderaan

Isuzu Malaysia tekad cepatkan serahan kenderaan kepada pelanggan yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Ini melibatkan pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Menurut info dikongsikan, lebih 300 tempahan telah diterima sebelum PKP lantas Isuzu Malaysia beri pelanggan yang terkesan akan diberi keutamaan khas agar kenderaan dapat…

Petronas SRT Tak Rancang Rombak Pasukan Untuk Rossi – Razlan Razali

Pengendali Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mendedahkan pihaknya ketika ini dalam perbincangan tentang masa depan Valentino Rossi. Namun begitu, Razlan memberitahu motogp.com perbincangan ketika ini hanya membabitkan pihak Yamaha dan penaja utama, Petronas. “Kami berbincang dengan Yamaha tentang prospek penyertaan Valentino Rossi terutamanya membabitkan kos dan jentera. “Kami turut berbincang bersama Petronas…

GIVI Malaysia Bersama MOTOWAZI, BudakAni Hulur Bantuan Di Bukit Canggang

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ke-58, GIVI Malaysia menerusi inisiatif GivistaCares telah melaksanakan sumbangan kepada pihak yang terjejas dengan pandemik Covid-19. Sumbangan tersebut memfokuskan terhadap keluarga susah, ibu tunggal dan anak yatim. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi kerjasama MOTOWAZI dan BudakAni yang menyumbangkan barangan harian antaranya beras, tepung, minyak masak, telur dan biskut kepada 17…

Ada Lagi Cuba Rentas Negeri, Lebih 1,248 Diarah Patah Balik

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendedahkan lebih ramai yang cuba merentas negeri semalam. Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media harian, hari ini. Menurutnya, lebih 1,248 kenderaan ditahan semalam berbanding 508 kenderaan kelmarin dengan kesemuanya diarahkan untuk patah balik. “Ada yang bersiap lepas sahur dan bawa anak isteri tetapi diarah patah balik apabila tiba…

Kawasaki ZX-25R, Ekzos Yoshimura Seakan Gandingan Orkestra Menjadi!

Teringat lagi bila Metallica digandingkan dengan San Francisco Symphony Orchestra, gabungan tersebut menghasilkan melodi yang cukup gah. Kini melodi menjadi turut didengarkan 14,220 kilometer dari California, menerusi Kawasaki Indonesia. Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki Indonesia sering memuat naik beberapa video berkaitan Kawasaki ZX-25R di laman YouTube. Bagaimanapun, video terbaru paling mencuri tumpuan apabila jentera…

50 Peratus Diskaun Bagi Bayaran Balik Saman Bermula 18 Mei

Bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman terpilih. Tempoh diskaun bayaran saman itu akan bermula 18 hingga 21 Mei. Bagi memudahkan pembayaran saman selain di kaunter pembayaran saman ibu pejabat polis daerah, orang ramai boleh menyelesaikan saman secara atas…