Isuzu Malaysia Beri Jaminan Cepatkan Serahan 300 Tempahan Kenderaan

Advertisements

Isuzu Malaysia tekad cepatkan serahan kenderaan kepada pelanggan yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ini melibatkan pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Menurut info dikongsikan, lebih 300 tempahan telah diterima sebelum PKP lantas Isuzu Malaysia beri pelanggan yang terkesan akan diberi keutamaan khas agar kenderaan dapat diserahkan secepat mungkin.

Jaminan itu disuarakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

“Walaupun pelanggan memahami keadaan yang menyebabkan kelewatan ini, kami juga faham bahawa ketika di dalam keadaan mencabar seperti sekarang, mereka memerlukan kenderaan Isuzu lebih lagi untuk membantu mereka terus bergerak ke hadapan dengan kecekapannya serta tahan lasak.

“Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan semua pelanggan menerima kenderaan Isuzu D-Max baru
mereka secepat mungkin,” jelasnya.

Bagi menjaminkan keselamatan staf dan pelanggan, setiap penyerahan keneraan akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI