GIVI Malaysia Bersama MOTOWAZI, BudakAni Hulur Bantuan Di Bukit Canggang

Advertisements

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ke-58, GIVI Malaysia menerusi inisiatif GivistaCares telah melaksanakan sumbangan kepada pihak yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Sumbangan tersebut memfokuskan terhadap keluarga susah, ibu tunggal dan anak yatim.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi kerjasama MOTOWAZI dan BudakAni yang menyumbangkan barangan harian antaranya beras, tepung, minyak masak, telur dan biskut kepada 17 keluarga tidak bernasib baik sekitar Bukit Canggang, Selangor.

Inisiatif GivistarCare juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dikalangan orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di samping menyuntik semangat membantu mereka yang memerlukan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.