Civic Gatti: Honda Civic Bertopengkan Bugatti Untuk Dijual

Advertisements

Hampir 10 tahun yang lalu, ada pihak yang menghasilkan kit Bugatti Veyron utnuk Honda Civic.

Siapa sangka rupanya ada pihak yang sanggup membelanjakan sejumlah yang besar bagi mendapatkan kit Bugatti yang jelas nampak seperti perancangan tak menjadi dan mahal tersebut?

Sebuah Civic Gatti (Honda Civic 1993 dengan kit Bugatti Veyron) telah disenaraikan untuk dijual di eBay dengan harga USD4,500 (RM19,600).

Kalau dilihat dari bahagian depan, bayangan Veyron itu ada namun jika dilihat secara keseluruhan, seakan satu penyamaran yang teruk.

Sementara itu, Civic Gatti ini tidak didatangkan dengan enjin 8.0L W16 sepertimana yang terdapat pada Veyron yang sebenarnya sebaliknya enjin 4-silinder turbocharged.

Menurut info, pemilik kereta terbabit telah pun membelanjakan lebih USD12,000 (RM52,000) untuk melakukan pengubahsuaian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.