Ada Lagi Cuba Rentas Negeri, Lebih 1,248 Diarah Patah Balik

Advertisements

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendedahkan lebih ramai yang cuba merentas negeri semalam.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media harian, hari ini.

Menurutnya, lebih 1,248 kenderaan ditahan semalam berbanding 508 kenderaan kelmarin dengan kesemuanya diarahkan untuk patah balik.

“Ada yang bersiap lepas sahur dan bawa anak isteri tetapi diarah patah balik apabila tiba di sekatan jalan raya,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa aktiviti rentas antara negeri atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri tidak dibenarkan dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Sementara itu, orang ramai perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.