Bugatti Peragakan Angkup Titanium Cetakan 3D Pertama Dunia!

  • Bugatti menggunakan teknologi cetakan 3D bagi menghasilkan angkup brek titanium ini.
  • Cetakan 3D menghasilkan bahagian rumit yang tidak dapat dicanai atau tempa.
  • Bugatti telah memuatnaik sebuah video demonstrasi menunjukkan kebolehan angkup ini menangani daya henti yang keras dan haba melampau.

Pengeluar ‘supercar’ dari Perancis, Bugatti, telah menjalankan usaha dalam teknologi cetakan 3D. Angkup titanium cetakan 3D ini adalah hasil dari usaha yang cukup menakjubkan ini.

Tetapi sebelum itu, mengapakah berita mengenai ‘supercar’ disiarkan di sini? Mari kita lihat dari perspektif ini. Kebanyakan, jika tidak semua teknologi pembrekan dirintis dengan kereta sebelum diguna pakai oleh industri motosikal. Sebagai contoh, ABS telah dibangunkan oleh Mercedes-Benz, tetapi telah dirintis dalam motosikal oleh BMW Motorrad pada model K 100 1987.

Sepuluh Inovasi Yang Dipelopori BMW Motorrad

Kini, kembali kepada angkup titanium 8 omboh Bugatti ini.

Teknologi cetakan 3D digunakan untuk bahagian yang tidak boleh ditempa atau dicanai daripada sebuah ‘billet’ pejal (dalam kes angkup brek, aloi aluminium). Angkup Bugatti ini dihasilkan daripada aloi titanium-aluminium-vanadium (Ti6AI4V), yang mana mustahil untuk dibentuk atau dicanai bahagian rumitnya itu.

Rupa parasnya ala tulangnya yang organik itu hanya boleh dihasilkan menggunakan teknologi ini.

Bagi menghasilkan angkup ini, Bugatti menggunakan laser untuk mencairkan serbuk aloi titanium. Proses ‘pencetakan’nya mengambil masa 45 jam bagi ‘menyusun’ 2,213 lapisan serbuk yang dicairkan.

Angkup berkenaan dirawat kimia dan haba untuk memberikan kekuatan tambahan selepas proses pencetakan. Seterusnya, ianya dicanai bagi membentuk permukaan untuk kemasan dan bebenang. Mesin canai lima-paksi mengambil masa 11 jam untuk menyempurnakan tugas ini.

Sudah semestinya kita hendak tengok akan kebolehannya, bukan? Saksikanlah video di bawah. Sebuah kereta ‘supercar Bugatti mampu bergerak dari 0 ke 400 dan kembali ke 0km/j dalam masa 42 saat. Breknya mampu menghasilkan haba sehingga 1,025°C.

https://youtu.be/hPkY8nBWxoU

Adakah kita akan menyaksikan teknologi ini diterapkan dalam motosikal? Lagi pun, VW merupakan pemilik Bugatti DAN Ducati.

Adakah pengeluar brek seperti Brembo, J. Juan, Nissin, dan yang lain-lain akan turut menggunakan teknologi 3D? Pada firasat kami, mereka mungkin sekali dalam masa yang terdekat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply