10 Perkara Yang Dinantikan Bagi MotoGP 2019

Hafizh Syahrin bersama teman sepasukan, Miguel Oliveira – Sumber imej: Malaysiazine
  • Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019.
  • Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal.
  • Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.

Walaupun belum genap seminggu musim MotoGP 2018 melabuhkan tirainya, kita telah menyaksikan permulaan bagi musim MotoGP 2019.

Pasukan-pasukan MotoGP telah memulakan ujian di Valencia. Sesetengah penunggang telah memulakan musim dengan pasukan baharu, dan ada juga pasukan baharu yang telah dibentuk, beserta dengan kehadiran jentera yang baharu. Terdapat pelbagai perubahan bagi tahun hadapan dan ianya sudah pasti akan menjadikannya satu lagi musim yang cukup menyeronokkan.

1. Hafizh Syahrin Mengemudi Jentera Pengilang KTM

Hafizh Syahrin bersama teman sepasukan, Miguel Oliveira – Sumber imej: Malaysiazine

Hafizh Syahrin kekal bersama pasukan Tech 3 bagi musim 2019. Dan seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, Tech 3 telah beralih ke KTM kerana pengilang tersebut akan membekalkan pasukan berkenaan dengan jentera pengilang terkini. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasinya bagi separuh kedua musim telah terjejas berpunca daripada jentera Yamaha YZR-M1 2017. Hafizh sudah pasti akan dapat memberikan cabaran sebaik sahaja dia memahami jentera RC16. Teman sepasukan Hafizh adalah bekas penunggang Moto2, Miguel Oliveira. Jentera KTM tersebut akan diuji oleh Dani Pedrosa.

2. SIC Petronas Yamaha Sprinta Racing Team

Petronas Yamaha SRT – Sumber imej : autosport

Litar Antarbangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan penubuhan pasukan MotoGP mereka dengan kerjasama Petronas dan Yamaha. SIC telah mendapatkan khidmat Juara Dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli, bersama dengan Fabio Quartararo sebagai penunggang mereka. Lebih menarik lagi, Morbidelli akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1 Spesikasi-A yang sama seperti Rossi dan Viñales.

3. Marc Marquez + Jorge Lorenzo = Pasukan Impian?

Marquez dan Lorenzo – Sumber imej : motorsport magazineIanya satu kejutan yang besar sewaktu juara dunia lima kali, Lorenzo, mengumumkan perpindahannya ke Repsol Honda, bagi menyertai juara dunia sembilan kali, Marc Marquez. Honda telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan menghasilkan dua buah jentera yang berbeza untuk kedua-dua orang penunggang mereka, namun adakah ianya akan menjadi satu kompromi yang adil atau adakah mereka akan lebih memihak kepada Marquez? Lagi pun kedua-dua penunggang ini mempunyai gaya penunggangan yang ternyata berbeza.

4. Johann Zarco Di Atas Jentera Pengilang KTM

Johann Zarco di atas jentera KTM – Sumber imej : Visordown

Juara Moto2 dua kali, pemenang “MotoGP Rookie of the Year 2017”, dan juga penunggang bebas teratas buat dua tahun berturut-turut, Johann Zarco, telah menyertai pasukan pengilang Red Bull KTM bagi tahun 2019. Zarco sering kali dilihat memberi cabaran kepada para pendahulu perlumbaan dan kami harap dia meneruskannya, selain memenangi perlumbaan MotoGPnya yang pertama.

5. Danilo Petrucci Menyertai Pasukan Pengilang Ducati

Danilo Petrucci telah membuktikan kebolehannya bersama dengan pasukan satelit Pramac Ducati sejak tahun 2017. Usahanya itu telah membuahkan hasil, di mana dia akan menyertai pasukan pengilang pada tahun hadapan, berpasangan dengan Andrea Dovizioso. Mampukah dia mendapatkan kemenangan pertamanya pada tahun 2019 nanti?

6. Jack Miller Mengemudi Jentera Ducati GP19

Jack “Jackass” Miller pasti akan memanfaatkan peluang yang ada dengan jentera Ducati Desmosedici GP19, jentera yang sama digunakan oleh penunggang pasukan pengilang Petrucci dan Dovizioso. Miller telah memperoleh kemenangan dalam kelas ini dan pernah melayakkan diri di Petak Pertama beberapa kali dalam musim 2018.

7. IMU Standard

Tidak seperti dalam Formula 1, perubahan teknikal memberikan perbezaan yang nyata dalam MotoGP. Perlumbaan kini lebih sengit sejak pengenalan ECU standard sejak tahun 2016.

MotoGP mengambil satu lagi langkah pada tahun ini dengan membekalkan IMU (Inertial Measurement Unit).

IMU mengukur sudut condong, ‘pitch’, dan ‘yaw’ motosikal dan menghantar isyarat kepada ECU bagi memformulasikan strategi kawalan cengkaman yang jitu. Teknologi ini telah digunakan pada sesetengah motosikal kegunaan jalan raya untuk tujuan yang sama, dan juga untuk Cornering ABS. Namun, ABS tidak dibenarkan dalam MotoGP.

Telah timbul kegusaran kemungkinan ada pasukan yang telah memanipulasi isyarat pada IMU mereka sendiri bagi mengaktifkan strategi yang memberi kelebihan tambahan dari ECU. Ianya ternyata sekali, terutamanya dari segi penggunaan tayar. Sebuah IMU standard akan dapat merapatkan lagi jurang antara pasukan.

8. CAN Bus Connector Standard

‘CAN (Controller Area Network) bus connector’ adalah ‘orang tengah’ antara pengesan dan ECU. Seperti yang di atas, ada keraguan bahawa elektronik yang digunakan dalam ‘connector’ bagi memanipulasi isyarat yang dihantar ke ECU.

Oleh dengan itu, MotoGP akan mengisukan ‘CAN bus connector’ standard pada tahun 2019.

9. Triumph Sertai Moto2

Kita beralih pula ke Moto2. Triumph merupakan pembekal enjin eksklusif kelas ini bermula tahun hadapan. Enjin triple 765cc adalah berdasarkan pada enjin Street Triple RS. Para penunggang yang telah menguji enjin yang baharu ini amat menyukainya kerana gabungan tork dan kuasa kudanya. Ia juga telah memecahkan rekod catatan masa pusingan, sebelum bermulanya musim ujian rasmi!

10. Format Kelayakan Moto3 Dan Moto2 Baharu

Kedua-dua kelas ini akan tampil dengan format latihan dan kelayakan baharu seperti MotoGP. Perbezaannya adalah 14 penunggang terpantas berdasarkan catatan masa tergabung dari FP1, FP2, dan FP3 akan layak ke Qualifying 2 (Q2) secara automatik. Empat penunggang terpantas dalam Q1 juga berpeluang menyertai Q2.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]