KTM 1290 Super Duke GT 2019 Diperkenalkan Di Intermot

  • Motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah diperkenalkan di pertunjukan motosikal Intermot.
  • Ia tampil dengan pelbagai kemaskini bagi memperbaharuinya dari model tahun 2016.
  • Bahagian hadapannya juga telah direka semula dan kini dilengkapi dengan skrin TFT.

KTM juga turut telah mengambil peluang ini untuk memperkenalkan beberapa buah motosikal baharu di pertunjukan motosikal Intermot di Cologne, Jerman. Terbaru untuk tahun 2019 adalah model KTM 1290 Super Duke GT dan 1290 Super Duke R.

Diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2016, sebelum ketibaan model 1290 Super Adventure S dan R, model GT terdahulu merupakan sebuah ‘teknologi lama’. Dan ianya adalah benar, di mana model 2016 tidak mempunyai skrin TFT dan enjin LC8-nya itu berdasarkan model 1290 Super Duke R yang lebih tua, namun begitu, ia mempunyai suspensi elektronik WP Semi-Active.

Gambar Intipan KTM 1290 Super Duke GT 2019 Tersebar!

Jadi, tidak menghairankanlah sekiranya motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 ini telah hadir dengan pelbagai kemaskini.

Enjin ‘V-Twin’ 75º, 1,301cc-nya itu telah dirombak semula bagi menghasilkan sehingga 175hp dengan menggunakan kebuk resonator, injap masukan titanium, dan pemetaan enjin yang baharu. Ia kini dilengkapi dengan mod penunggangan ‘Track’, di samping mod ‘Tour’, ‘Sport’, dan ‘Rain’.

Kawalan cengkamannya kini sensitif sudut condong, manakala quickshifternya telah dikemaskini menjadi ‘Quickshifter+’.

Suspensi WP Semi-Active dikekalkan dan masih lagi membenarkan penunggang untuk memilih sama ada Comfort, Street, dan Sport, di samping melaraskan pramuatan untuk penunggang solo, penunggang solo dengan bagasi, penunggang serta pembonceng,serta penunggang dan pembonceng dengan bagasi.

Ia juga dilengkapkan dengan skrin TFT 6.5 inci yang memaparkan segala data yang diperlukan. ia juga boleh digunakan dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

Kemaskini kosmetik terbesarnya adalah pada bahagian hadapan motosikal, dengan lampu hadapan LED terbahagi duanya yang cukup terkenal itu dan penghadang angin yang lebih tinggi.

Keterpautan telefon pintar bercirikan “KTM My Ride” masih ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.