KTM 450 Rally Replica 2019 – Untuk Aspirasi Rali Anda

  • KTM sedang membangunkan motosikal rali, 450 Rally Replica.
  • Ianya berasaskan pada motosikal yang telah memenangi perlumbaan Dakar Rally 2018.
  • Hanya 75 buah akan dibina buat penunggang rali persendirian.

Ingin tampil gagah di rali Rimba Raid yang seterusnya? Atau anda mempunyai impian untuk menyertai perlumbaan rali terulung dunia, iaitu Dakar Rally? KTM 450 Rally Replica boleh memacu anda ke arah cita-cita tersebut!

Motosikal 450 Rally Replica ini dibina daripada motosikal yang sama yang telah dikemudi oleh Matthias Walkner sewaktu dia memenangi rali Dakar edisi tahun 2018. Bagaimana pun, jentera ini dibina bagi para penunggang rali persendirian – pelumba yang tidak memilki belanja tanpa had pasukan pengilang.

Model 2019 telah direka semula dari tayar sehinggalah ke casis baharu bagi meningkatkan lagi pemusatan jisim.

Selain itu, lengan ayunnya, pautan penyerap hentakan serta penyerap hentakan, kotak udara, tangki bahanapi dan juga pelananya, ke semuanya baharu. Ke semua bahagian ini juga telah direka semula untuk pemusatan jisim motosikal ini.

Seperti mana model 450 SX-F 2019 keluaran pengilang dari Austria ini, kepala silinder pada motosikal 450 Rally Replica ini telah dirombak semula untuk kuasa tambahan. Kotak gearnya juga baharu, dihasilkan bagi menangani keadaan yang paling mencabar, menurut KTM.

Dan seperti mana dengan model KTM yang lain, motosikal 450 Rally Replica ini telah dilengkapi dengan suspensi dari WP. Bahagian hadapan dilengkapi dengan fork WP XACT PRO 48mm dengan teknologi injap kon kartrij tertutup. Breknya pula sudah semestinya dari Brembo.

KTM mengatakan bahawa mereka akan membina model 450 Rally Replica 2019 ini dalam jumlah yang kecil – lebih tepat lagi sebanyak 75 buah unit sahaja. Namun, sebelum anda berkejaran ke bilik pameran KTM Malaysia untuk menempahnya, ketahuilah setiap satu daripadanya telah pun habis ditempah.

KTM Malaysia Lancarkan Rangkaian Off-Road KTM 2019 Harga Bermula Dari RM38,500

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]