KTM Malaysia Lancarkan Rangkaian Off-Road KTM 2019 Harga Bermula Dari RM38,500

  • KTM Malaysia telah melancarkan Rangkaian Off-Road KTM 2019.
  • Rangkaian ini terdiri daripada model motocross SX-F dan enduro EXC.
  • Model-model ini telah ditetapkan harga bermula dari RM38,500.

KTM Malaysia telah mengumumkan dan mempersembahkan rangkaian Off-Road 2019 mereka.

Setelah merevolusikan arena permotosikalan off-road pada tahun 2016, KTM kini kembali dengan rangkaian 2019 yang lebih berkuasa, ringan, kuat, lincah, serta Inovatif bagi menginjakkan lagi tanda arasnya.

RANGKAIAN KTM SX dan SX-F 2019

Menjana rangkaian jentera sedia motocross dan supercross baharu SX dan SF-X adalah enjin dua lejang dan empat lejang yang digarap dari model 2017 yang cukup berkuasa. Bagaimana pun, KTM bukan hanya bertumpu kepada enjin sahaja, sebaliknya hampir ke semua aspek motosikal baharu ini telah dirombak semula bagi menyediakan sebuah pakej yang jauh di hadapan para pesaingnya.

  • Enjin dua lejang dalam 125 SX, 150 SX, dan 250 SX ke semua dilengkapi dengan silinder baharu, yang menerapkan injap kuasa baharu. Injap kuasa tersebut yang digandingkan dengan lancar bersama mekanisma port ekzos lateral bagi menyediakan jalur kuasa lancar di seluruh jangkauan RPM enjin.

  • Model 125 SX, 150 SX, 250 X dan 350 SX-F dilengkapi dengan klac keluli gegendang (Diaphgram Steel – DS) baharu yang telah dibangunkan khusus untuk penunggangan ‘off-road’. Menggantikan pegas gegelung tradisional, sebuah plet keluli membentuk pegas gegendang. KTM mendakwa yang aturcara DS ini lebih meyakinkan dan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk mengerjakan tuil.

  • Bakul klac adalah satu unit pejal dengan tebukan bagi mengurangkan beratnya. Selain itu, gear utamanya adalah dari billet keluli berketahanan tinggi bagi memastikan keteguhannya. Cakera geserannya mempunyai rintangan haba yang amat tinggi dan di pra-tegangkan oleh pegas gegendang.
  • Perubahan ini mengurangkan beratnya sebanyak 190g berbanding klac biasa.
  • Kotak gear dan ‘Reliable’ dihasilkan oleh pakar aci pemacu Pankl.

  • Enjin model 450 SF-X pula dilengkapi dengan kepala silinder SOHC baharu yang 15mm lebih rendah, lebih padat dan 500g lebih ringan. Lengan penggerak yang tegap mengaktifkan empat buah injap titanium ringan. Lengan penggerak masukan telah disadur dengan bahan DLC (diamond-like coating). Pemandu rantai juga daripada bahan bergeseran rendah. Gabungan ini membuahkan kelajuan puncak enjin 11,500rpm yang mengagumkan.
  • EMS (Engine Management System) Keihin baharu dengan pendikit 44mm menyalurkan bahanapi ke penyuntik bahanapi yang diletakkan pada kedudukan yang unik. Aturcara ini menggalakkan atomisasi optimal campuran bahanapi/udara untuk pembakaran yang lebih pantas dan meningkatkan tahap tindak balas pendikit dan juga agihan kuasa.

  • Kerangka baharu juga meningkatkan tahap pengendalian. Kerangka baharu berkenaan adalah daripada tiub keluli kromium molbydenum yang dibentuk menggunakan jet air dan dikimpal jitu oleh robot. Ia ditala untuk perwatakan fleks yang khusus bagi meningkatkan pengendalian, kestabilan kelajuan tinggi dan keselesaan. Ia kini didatangkan dengan sub-rangka yang 40mm lebih panjang bagi memberikan kestabilan bahagian belakang buat penunggang.

  • Penunggang dan peminat semuanya cukup mengagumi fork WP AER pada model sebelum ini dan kini, ianya dipertingkatkan lagi dengan aturcara redaman yang baharu. Selain itu, fork tersebut kini diapit oleh apit bertiga yang dimesin CNC baharu yang mempunyai apit atas yang lebih keras bagi disuaikan dengan sempurna dengan kerangka baharu itu.

  • Lengan ayun baharu yang 5mm lebih panjang untuk kestabilan laluan lurus yang lebih baik.
  • Sistem penyejukan rekaan CFD (computational fluid dynamics) baharu yang telah dibangunkan untuk model SF-X 2019. Terdapat juga pelindung baharu bagi melindunginya sewaktu hentakan dan puing-puing yang berterbangan di sekitar radiator. Radiator kini tampil dengan pusat graviti yang lebih rendah.
  • Ergonomik pelananya juga telah dirombak semula dengan jalur silikon untuk cengkaman yang lebih baik (sebelum ini disediakan pada pelana PowerParts sahaja) bagi membolehkan pergerakan yang mudah untuk penungggang.

  • Bateri litium-ion untuk mulaan enjin yang lebih baik, berat lebih ringan dan jangka hayat lebih lama.
  • Penghalaan pam bahanapi baharu untuk penghalaan dalaman yang dioptimumkan.
  • Tanda aras bagi prestasi, pengendalian, berat terendah 100kg dicapai.

RANGKAIAN KTM XC-W, EXC, EXC-F dan EXC-F SIX DAYS 2019

KTM menawarkan tidak kurang daripada tujuh buah model dalam rangkaian ini buat pelumba enduro dan penunggang motosikal trail, selain daripada motosikal ringan 125 XC-W, hinggalah ke model dua lejang 300 EXC TPI yang mengujakan, dari model 250 EXC-F yang lincah, ke 500 EXC-F yang amat berkuasa; selain daripada model Six Days Edition yang terdiri daripada 250 EXC TPI Six, 250 EXC-F dan 450 EXC-F.

  • KTM melakar sejarah baharu sewaktu pengenalan 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI dua lejang. Enjin TPI (Transfer Port Induction) menyuntik bahanapinya terus ke dalam port alihan melalui sepasang penyuntik. Minyak pelincir (2T) tidak dipracampur tetapi dipam terus dengan udara melalui ‘crankcase’.
  • Bekalan (2T) pracampur diselia secara elektronik dan dibekalkan menggunakan pam minyak.
  • Oleh kerana enjin dua lejang ini sensitif dengan perbezaan dalam tekanan udara dan suhu, bahanapi dan bekalan pracampur diimbangi secara automatik oleh ECU.

  • Enjin TPI KTM bukan sahaja lebih berkuasa berbanding pencabarnya tetapi, dengan kemajuan teknologinya, ia juga lebih mesra alam berbanding enjin dua lejang tradisional.
  • Enjin 450 EXC-F dan 500 EXC-F pula adalah enjin suntikan bahanapi, dengan SOHC. Enjinnya itu adalah enjin 450/500cc paling kompak dalam pasaran, namun pada masa yang sama menghasilkan sejumlah besar tork yang boleh dikawal.

  • Keseluruhan rangkaian enduro KTM 2019 dilengkapi dengan suspensi boleh laras sepenuhnya WP yang dibangunkan khusus untuk pertandingan dan penunggangan enduro. Forknya adalah fork terbalik WP XPLOR 48 yang menakjubkan manakala bahagian belakang pula ditangani oleh penyerap hentakan WP XPLOR PDS. Ianya ditala untuk redaman yang hebat selain daripada tahap sensitiviti dan rintangan hentakan yang lebih tinggi.

  • KTM kini menawarkan Optional Traction Control buat rangkaian EXC-F yang boleh diaktifkan serta merta. Pakej ini disertakan pada semua model Six Days.
  • Keseluruhan rangkaian enduro 2019 akan dilengkapi dengan kemasan grafik yang lebih garang dan baharu, sesuai dengan semangat READY TO RACE KTM.

KTM Malaysia akan membawa masuk beberapa buah model pilihan bagi Rangkaian Off-Road 2019. Ianya akan ditetapkan pada harga:

  • 250 SX-F priced from RM 38,500.00
  • 250 EXC TPI RM 39,000.00
  • 250 EXC TPI Six Days RM 42,500.00
  • 250 EXC-F RM 44,000.00
  • 250 EXC-F Six Days RM 48,500.00
  • 300 EXC TPI RM 43,500.00
  • 300 EXC TPI Six Days RM 48,000.00
  • 350 EXC-F RM 45,000.00
  • 350 EXC-F Six Days RM 49,500
  • 450 EXC-F RM 46,000.00
  • 450 EXC-F Six Days RM 50,500.00

Sila layari laman Facebook rasmi KTM Malaysia untuk maklumat lanjut.

Gambar Intipan KTM 1090 Adventure Tersebar!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]