- Sebelum ini, kami telah mempratontonkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018.
- DIDI Resources Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal berkenaan di Malaysia.
- Harga bermula dari RM69,900 bagi unit pengenalan dan RM75,000 untuk unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
DIDI Resources Sdn. Bhd., pengedar rasmi bagi jenama Moto Guzzi di Malaysia, dengan secara rasminya telah melancarkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018. (Sila tekan pautan di bawah untuk membaca mengenai ulasan tanggapan pertama kami mengenai motosikal baharu ini.)
Model V7 III Rough adalah tawaran terkini dalam rangkaian ekstensif V7 III yang terdiri daripada model Carbon yang baharu sahaja dilancarkan, Anniversario, Racer, Stone, serta Special, selain daripada model Limited dan Milano yang belum dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, buat masa ini.
Moto Guzzi Malaysia Perkenalkan V7 III Carbon Edisi Terhad – RM74,900
Rangkaian motosikal V7 III bukan sahaja mewakili motosikal tahap permulaan Moto Guzzi, tetapi ia juga rangkaian yang paling mudah dikhususkan, dan atas sebab itulah terdapat begitu banyak interpretasi yang telah dizahirkan oleh pengeluar itu sendiri.
Bagi versi Rough ini, motosikal ini telah dilengkapi dengan tayar yang ‘knobby’, dipasang pada rim berjejari, melambangkan sebuah varian yang jelas sekali sebuah “urban jungle basher”. Ini bermakna motosikal ini dihasilkan bagi menjarah jalan raya kota yang mencabar, di samping menyusuri laluan pintas yang tidak bertar. Ia juga sudah pasti mampu menangani laluan ‘off-road’ yang tidak terlalu sukar, seperti jalan ke tapak perkhemahan di Janda Baik atau Mat Daling.
Seiringan dengan gaya minimalis V7 III yang tersohor itu, dapra hadapan dan belakangnya adalah buatan aluminium yang digilap, manakala tangki bahanapinya dikemaskan dengan warna perak kusam. Cecincin lampu hadapan, palang pemegang, enjin serta lengan ayun satu sisi dicat dengan warna hitam yang disadur. Topang fork dilitupi dengan sarung habuk klasik. Pelana kulit hitam dengan sulaman merah yang elegan memperkemaskan lagi rupa parasnya.
Moto Guzzi juga turut menawarkan pelbagai aksesori buat penunggang bagi mengubah suai motosikal V7 III Rough kepada sebuah motosikal yang mencerminkan perwatakan pemiliknya.
Menjana motosikal V7 III Rough ini adalah enjin V-Twin 90 darjah, pautan melintang, sejukan udara, 750cc yang sama yang telah membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1967. Ia menghasilkan sehingga 52hp pada 6,200rpm dan 60Nm pada 4,900rpm. Enjin ini telah ditala bagi membekalkan tork linear di sepanjang jangkauan ‘rev’nya.
Enjin dan kotak gearnya telah dipaut pada kerangka penyangga berganda yang boleh ditanggalkan beserta dengan pembahagian berat yang sama seperti model V7 yang tersohor, 46% belakang dan 54% hadapan. Penyerap hentakan berganda Kayaba menyambungkan lengan ayun (yang merumahkan aci pemacu pada satu sisi) dengan kerangka. Tatarajah ini memberikan ketinggian pelana yang rendah dan mudah untuk ditunggang dengan ketinggian 770mm.
Walaupun Moto Guzzi boleh dianggap sebagai jenama ‘warisan’ di bawah kumpulan syarikat Piaggio Group, model ini lebih daripada itu. Meskipun ianya dalam rangkaian tahap permulaan, rangkaian V7 III ini bercirikan kelengkapan “Moto Guzzi Traction Control” (MGTC) dan sistem ABS dua-hala daripada Continental.
Untuk fungsi elektroniknya, sebuah tolok kelajuan mungkin tampak agak asas, namun, ia mempamerkan ke semua maklumat penting seperti kedudukan gear, odometer, dan odometer perjalanan harian, tempoh masa perjalanan, kelajuan purata, penggunaan bahanapi masa sebenar dan purata, serta tahap MGTC. ‘Rev’ enjin minimum dan maksimum juga boleh diprasetkan.
Paparan instrumen juga boleh dikemaskini dengan “Moto Guzzi Multimedia Platform” pilihan tambahan yang memautkannya kepada telefon pintar melalui sebuah aplikasi bagi memaparkan lebih banyak data kepada penunggang.
Sewaktu pelancaran model Moto Guzzi V7 III Rough ini, mereka juga turut mengetengahkan acara Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) 2018 (yang akan berlangsung pada 30 September 2018). Encik Simone Niccolai, Pengarah Urusan Asia Pacific 2 Wheeler, Piaggio Asia Pacific, telah tampil segak dengan busana yang disediakan oleh Tiga Supply Co., bersama dengan kakitangan pengurusan DIDI Resources Sdn. Bhd. dan juga Stronghold Cycles.
Moto Guzzi V7 III Rough 2018 telah ditetapkan pada harga RM69,900 bagi unit pengenalan, dan RM75,000 untuk unit-unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
SPESIFIKASI TEKNIKAL
2018 MOTO GUZZI V7III ROUGH |
|
ENGINE |
|
ENGINE TYPE | 4-stroke, pushrod-activated 4-valve, air-cooled, transversely-mounter, 90o V-Twin |
DISPLACEMENT | 744 cc |
BORE x STROKE | 80 mm x 74 mm |
POWER | 52 bhp (38 kW) @ 6,200 RPM |
TORQUE | 60 Nm @ 4,900 RPM |
TRANSMISSION | 6-speed |
FUEL SYSTEM | Fuel injection with single throttle body |
CHASSIS |
|
FRAME | Double cradle tubular frame in ALS steel with detachable elements |
FRONT SUSPENSION | ø Ø 40 mm hydraulic telescopic forks, 130 mm travel |
REAR SUSPENSION | Twin Kayaba shocks with adjustable spring preload, 93 mm travel |
FRONT BRAKE | 1 X Two-piston Brembo caliper, ø 320 mm floating disc |
REAR BRAKE | 1 X Two-piston floating caliper, ø 260 mm brake disc |
FRONT TYRE | 100/90-R18 (110/90-R18 optional), |
REAR TYRE | 130/80-R17 |
STEERING HEAD ANGLE | 26.4o |
TRAIL | 106 mm |
WHEEL BASE | 1,445 mm |
SEAT HEIGHT | 770 mm |
FUEL TANK CAPACITY | 21 litres (with 4 litres as reserve) |
KERB WEIGHT | 209 kg (with 90% fuel and all fluids, ready to ride) |