Kingz MG Melawat Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ)

  • Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti.
  • Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur.
  • HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan bantuan teknikal dan juga baucar Cabutan Bertuah.

Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) telah memberi banyak manfaat kepada para pemilik Harley. Sebagai sebahagian daripada tanda penghargaan mereka kepada para pemilik, HDPJ telah menyambut kehadiran Kingz Motorcycle Group (MG) sebagai salah satu hentian mereka dalam tunggangan jarak jauh sepanjang hujung minggu Hari Malaysia, dari 14 hingga 16 September 2018.

Konvoi ini adalah sebahagian daripada acara yang lebih besar dinamakan “Eat, Travel, Ride International 2.0”. Program ini ditaja oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan juga oleh penaja-penaja lain. Tunggangan ini meliputi Kuala Lumpur, Pahang, dan Terengganu.

Para penunggang Kingz MG memulakan perjalanan mereka dari Menara Kuala Lumpur menuju ke Muzium Negara untuk satu sesi penggambaran dan kemudiannya menunggang menuju ke HDPJ untuk satu lagi sesi penggambaran.

HDPJ memberi bantuan kepada konvoi ini dengan menyediakan trak sokongan dan kakitangan teknikal, selain daripada baucar Cabutan Bertuah untuk majlis makan malam tahunan konvoi ini sebaik sahaja mereka tiba di Kuala Terengganu. Penolong Pengarah HDPJ, Chris Ruxton, telah menyampaikan sebuah plak sebagai tanda sokongan.

Mereka kemudiannya terus menuju ke Cherating untuk menikmati santapan tengah hari sebelum bergabung dengan Iron Head MG di Kemaman, Terengganu. Konvoi ini kemudiannya berhenti di Marang untuk berehat pada hari tersebut.

Aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang untuk konvoi ini adalah hentian dan sesi penggambaran di lokasi tarikan pelancong yang unik di wilayah Pantai Timur seperti Masjid Kristal, Pantai Penarik, makan tengah hari di KT Durian Burung, sebuah rumah anak yatim, Pantai Monica, ke semuanya di negeri Terengganu.

Jumlah keseluruhan jarak penunggangan tersebut adalah 460km, pergi balik. Konvoi ini telah disertai oleh lebih daripada seratus orang peserta, tidak termasuk para penunggang dari Iron Head MG.

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply