Helmet HJC RPHA 90 Darth Vader Dan CS-R3 Stormtrooper Dilancarkan!

  • HJC Helmets dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaru mereka; helmet HJC RPHA 90 Darth Vader dan CS-R3 Stormtrooper.
  • Helmet berinspirasikan Darth Vader tu telah direka menggunakan helmet sport modular kompak HJC yang terkini, RPHA 90.
  • Helmet ‘full face’ Stormtrooper datang dalam dua model; CS-R3 bagi pasaran Amerika Syarikat, dan CS-15 untuk Eropah.

Para peminat Star Wars di luar sana, Ini khas untuk anda! HJC Helmets dengan bangganya mengumumkan akan tawaran terbaru dalam koleksi Star Wars mereka, dan ianya cukup menakjubkan sekali. Bagi tahun 2018, mereka telah melancarkan helmet HJC RPHA 90 Darth Vader, beserta dengan helmet ‘full face’ HJC CS-R3 Stormtrooper bagi mempamerkan sisi gelap anda!

Berilhamkan trilogi asal Star Wars, helmet RPHA 90 Darth Vader menyematkan segala ciri utama watak ikonik berkenaan. Para peminat akan menghargai segala perincian rekaan yang ada seperti pengesan atmosfera, pemancar geganti kuasa rendah, dan juga topeng pernafasan Darth Vader.

Bagi menjadikan helmet ini tampak lebih ranggi dan ‘jahat’, helmet modular serba hitam itu dikemasi dengan kilauan ‘lightsaber’ warna merah watak tersebut, frasa-frasa dalam bahasa Aurebesh, dan juga bahagian dalaman berwarna merah direka khas untuk helmet modular HJC ini.

Seiringan dengan pengenalan helmet RPHA 90 Darth Vader yang baharu ini, HJC juga turut mengumumkan ketibaan helmet HJC CS-R3 Stormtrooper yang mirip seperti helmet perang putih yang teramatlah ikonik dalam filem-filem Star Wars. Helmet ini didatangkan dengan jalur berwarna biru bagi meniru rupa saluran udara, di samping dengan tanda-tanda dan bekas-bekas yang menunjukkan yang ia terlibat dalam peperangan.

Kami masih belum mendapat sebarang berita tentang tarikh ketibaannya di Malaysia, namun helmet yang disahkan DOT dan ECE ini boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada harga $699.99 (RM2,859.80), manakala bagi edisi Stormtrooper pula datang dengan dua varian; CS-R3 pada harga $169.99 (RM694.50) dan CS-15 (pasaran Eropah pada harga €179.90 (RM849.30).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi HJC Helmets, atau anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi HJC Helmets Malaysia.

Helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 Diperkenalkan!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]