MT777 Triumph Daytona 675R Ciptaan Smoked Garage

  • Smoked Garage adalah pembina yang bertapak di Bali, Indonesia, dan cukup terkenal dengan ciptaan café racer mereka.
  • Mereka telah membina semula motosikal Triumph Daytona 675R ini menjadi sebuah café racer.
  • Panel badan, pelindung radiator, dapra, sub-kerangka, ke semuanya adalah dari karbon fiber.

Bertapak di Bali, Indonesia, Smoked Garage adalah salah satu pembina motosikal khusus yang cukup terkemuka. Anda hanya perlu lihat sahaja pada jentera café racer yang dilitupi dengan karbon fiber bergelar MT777 ini, yang pada mulanya merupakan sebuah motosikal Triumph Daytona 675R bagi melihat sendiri hasil kehebatan pertukangan mereka.

Ketua Smoked Garage, Nicko Eigert, mengulas tentang projek ini, “Ianya bermula sewaktu sahabat baik saya, Maruli Tampubolon datang ke bengkel dan meminta kami membina motosikal idamannya.” Dengan asas sebuah motosikal Daytona 675R, Nicko mencadangkan yang mereka hembuskan nafas motosikal lumba klasik pada jentera tersebut.

Mereka memutuskan untuk melakukan kerja pada saiz motosikal tersebut, bagi memberikan ilusi yang ia dilengkapi dengan lengan ayun yang panjang, tanpa perlu memasang kelengkapan selepas jualan yang mungkin akan mengganggu pengendalian Daytona yang sudah cukup hebat itu.

Dan seperti mana dengan kebanyakan kerja pengkhususan, mereka telah membogelkan terus motosikal tersebut mengecilkan sub-kerangkanya. Sub-kerangka tersebut kemudiannya telah dilitupi dengan karbon fiber bagi merumahkan sebuah bateri kecil dan bahagian elektrikalnya. Sub-kerangka yang telah dikemaskan itu muat untuk hanya satu pelana dan mencapai matlamat mereka untuk memberikan bayangan sebuah lengan ayun yang panjang.

Selesai dengan bahagian belakang, tiba masa untuk bahagian yang selebihnya pada motosikal ini. Reraup separuh retro telah dipasang menggantikan reraup penuh standard Daytona. Walaupun tampak klasik, reraup baharu itu diperbuat daripada karbon fiber. Mereka memilih untuk menggunakan karbon atas beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Maruli, antaranya skema warna hitam dan juga pengurangan berat. Ia juga digunakan sebagai selubung radiator dan dapra hadapan. Tangki bahanapinya masih diperbuat daripada aluminium namun diliputi dengan liputan karbon fiber.

Ekzosnya juga telah diberikan perhatian, tampil dengan tip ekzos bertiga.

Bagi bahagian rodanya, roda tempa 17 incinya telah digantikan dengan rim berjejari 16 inci, yang telah merendahkan lagi motosikal ini.

Kemasannya termasuklah ‘pinstripes’ berwarna emas bagi menyerlahkan lagi warna hitam karbon fiber, dan juga jata keluarga Maruli.

Binaan ini dengan jelas menunjukkan yang bukan hanya motosikal vintaj atau moden retro yang boleh dikhususkan menjadi sebuah motosikal café racer.

Sumber imej: returnofthecaferacers.com

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]