- Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengesahkan harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST.
- Motosikal baharu mereka kini bermula dari harga RM5,234.00 hingga RM48,801.00.
- Ini adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan sebuah motosikal seperti Yamaha MT-09 2018 yang kini pada harga RM44.473.00.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan secara rasminya telah mengumumkan harga terkini motosikal mereka dengan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0%. Langkah ini seiring dengan penurunan kadar cukai yang baru diumumkan oleh kerajaan dari 6% ke 0% pada pertengahan bulan ini.
Pengeluar-pengeluar yang lain di Malaysia turut telah mengumumkan langkah yang sama dengan kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam negara kita. Berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018, berikut adalah harga runcit asas disyorkan yang baharu (tidak termasuk cukai jalan dan insurans):
MODEL YAMAHA | HARGA BAHARU DENGAN 0% GST |
EGO SOLARIZ | 5,234.00 |
LAGENDA 115Z | 5,362.00 |
EGO AVANTIZ | 5,536.00 |
135LC | 6,762.00 |
Y15ZR | 7,888.00 |
NMAX | 8,409.00 |
FZ150i | 8,638.00 |
NVX | 9,906.00 |
YZF-R25 | 19,463.00 |
XMAX 250 | 21,225.00 |
MT-07 | 34,533.00 |
MT-09 | 44,473.00 |
MT-09 TRACER | 48,801.00 |
Sudah pasti ianya satu khabar yang menggembirakan bagi mereka yang ingin mendapatkan sebuah motosikal baharu, lebih-lebih lagi dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada pertengahan bulan Jun nanti. Perbezaan terhebat sudah pastinya pada motosikal Yamaha MT-09 2018 yang amat mengujakan, di mana sebelum ini ianya ditetapkan pada harga RM47,388.
Skuter ‘sports’ Yamaha XMAX 250 juga turut dikurangkan harganya sebanyak RM1,273.50. Sekiranya anda bercadang untuk memiliki skuter ini, kami syorkan anda untuk melakukannya sepantas mungkin kerana ianya kini telah ditetapkan pada harga RM21,225.00. Segeralah bertindak sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) digunapakai semula oleh kerajaan!