Harga Motosikal Berkuasa Tinggi Honda Kurang sehingga RM4,740!

  • Honda BigWing Centre di Setapak telah mengeluarkan senarai harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST.
  • Bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi Honda boleh menikmati penjimatan antara RM1,229 hingga RM4,739.
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi mana-mana wakil pengedar rasmi Boon Siew Honda di seluruh negara.


Honda BigWing Centre yang terletak di Setapak, kuala Lumpur telah mengumumkan harga terkini mereka bersempena dengan pengumuman kadar Cukai Barangan dan Jualan (GST) 0%. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi Honda (250cc ke atas), ini adalah peluang keemasan anda untuk mendapatkannya.

Perbezaan harganya adalah sesuatu yang perlu anda manfaatkan dengan secepat mungkin sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) digunapakai. Bermula dengan motosikal tahap permulaan Honda CBR250R, sehinggalah ke model terkini mereka, Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin, penjimatannya amat mengagumkan.

MODEL HONDA HARGA DENGAN 6% GST HARGA BAHARU DENGAN 0% GST PERBEZAAN HARGA
CBR250R tri-colour 21,728.94 20,499.00 -1,229.94
CRF250L 24,378.94 22,999.00 -1,379.94
CRF250 RALLY 28,618.94 26,999.00 -1,619.94
CB500F 31,363.28 29,588.00 -1,775.28
CBR500R 31,681.28 29,888.00 -1,793.28
REBEL 500 31,798.94 29,999.00 -1,799.94
CB500X STD 31,893.28 30,088.00 -1,805.28
CB500X ABS 35,391.28 33,388.00 -2,003.28
CB650F STD 44,730.94 42,199.00 -2,531.94
CB650F SE 44,995.94 42,449.00 -2,546.94
CBR650F 47,115.94 44,449.00 -2,666.94
X-ADV 61,478.94 57,999.00 -3,479.94
X-ADV SE 63,598.94 59,999.00 -3,599.94
AFRICA TWIN STD 74,198.94 69,999.00 -4,199.94
AFRICA TWIN Adventure Sport STD 77,378.94 72,999.00 -4,379.94
AFRICA TWIN DCT 80,558.94 75,999.00 -4,559.94
AFRICA TWIN Adventure Sport DCT 83,738.94 78,999.00 -4,739.94

 

Setakat ini, harga yang telah disahkan adalah untuk motosikal berkuasa tinggi Honda. Untuk, model-model yang lain di bawah 250cc dari Boon Siew Honda (BSH), akan kami sampaikan sebaik sahaja maklumatnya disahkan. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Harga Honda X-ADV Dan Africa Twin 2018 Diumumkan! Bermula Dari RM57,999!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]