Gaya Raya Autofair 2018 Naza Janjikan Tawaran Yang Hebat!

Menjelang tibanya bulan Ramadan yang mulia dan Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba, Naza Group sedang menawarkan promosi serta penjimatan yang lumayan dengan kempen terbesarnya dengan Naza Gaya Raya Autofair 2018, eksklusif buat para pengguna di Naza Automall, bilik pameran kenderaan terbesar di Malaysia.

Bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2018, kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018 akan menawarkan rangkaian kenderaan empat dan juga dua roda yang luas dengan tawaran yang hebat disediakan, beserta rebat tunai, kelulusan pinjaman yang pantas, nilai pertukaran kembali yang tinggi, insurans dan cukai jalan percuma, khidmat penyelenggaraan, baucar, dan hadiah percuma, serta ansuran bulanan percuma.

Pakej-pakej telah disediakan bagi 14 buah jenama kenderaan, baru mahu pun terpakai, yang dipamerkan di bilik pameran kenderaan terbesar di Malaysia sewaktu kempen selama dua bulan. Jenama seperti Maserati, Brabus, Kia, Peugeot, Chevrolet, Ducati, Vespa dan Indian Motorcycles, dan juga jenama-jenama lain. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 15% bagi jenama kereta mewah baru atau pun terpakai selain daripada jenama automotif di bawah portfolio jenama Naza Group seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Toyota Harrier.

Dengan tibanya Hari Raya Aidilfitri, para pelanggan dijemput untuk membawa keluarga dan kawan mereka ke Naza Automall dan nikmatilah tawaran hebat yang telah kami sediakan untuk Naza Gaya Raya Autofair 2018. Dengan pelbagai pilihan jenama automotif, sudah pasti akan ada jenama yang sesuai untuk semua. Dari kereta dan motosikal yang baru hinggalah ke kenderaan import berkualiti terpakai, kami jamin ianya tawaran terbaik untuk anda, semuanya di bawah satu bumbung,” ujar Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Group, Automotive Group, Naza Corporation Holdings (di bawah).

Selain daripada penjimatan yang hebat dan penghantaran pantas, pelanggan Naza Automall yang telah membeli kereta atau motosikal idaman mereka sewaktu Naza Gaya Raya Autofair 2018 akan berpeluang untuk memenangi percutian tajaan penuh 4 hari 3 malam untuk menyaksikan secara langsung pusingan separuh akhir FIFA World Cup 2018 di Moscow. Kunjungilah Naza Automall untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai cara menyertai peraduan ini.

Anda boleh belek sendiri segala tawaran yang disediakan dengan menekan SINI.

Selain itu, bersempena Hari Ibu, pelanggan Naza Automall juga berpeluang memenangi baucar makan malam mewah BLVD bernilai RM500 dengan setiap pembelian sebarang kenderaan empat roda sewaktu hujung minggu Hari Ibu (12-13 Mei 2018).

Kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018 juga akan menawarkan promosi eksklusif untuk perniagaan lain di bawah Naza Group. Naza TTDI, bahagian hartanah kumpulan tersebut akan menawarkan pakej istimewa untuk pembelian hartanah kediaman yang meliputi diskaun, rebat, baucar ID, faedah progresif, dan bayaran guaman untuk SPA dan perjanjian pinjaman percuma.

Naza College of Technology and Business juga turut menawarkan biasiswa merit dan pengecualian bayaran sumber dan pendaftaran RM1,000 bagi para pelajar yang mendaftar dalam kursus pendidikan dengan kolej tersebut di Naza Gaya Raya Autofair 2018. Pelajar yang mendaftar sewaktu tempoh kempen di Naza Automall juga akan berpeluang untuk ditaja sepenuhnya bagi menyertai program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Naza Academy di Gurun, Kedah.

Aktiviti-aktiviti ria yang lain sewaktu Naza Gaya Raya Autofair 2018 termasuklah Kid’s Corner, pemberian duit raya, dan trak makanan yang akan berada di tapak pada hujung minggu. Kunjungi Naza Gaya Raya Auofair 2018 di Naza Automall, bagi menikmati tawaran dan menikmati keseronokan!

DCIM118MEDIADJI_0041.JPG

Terletak di Petaling Jaya, Selangor, bersebelahan dengan Lebuh raya Persekutuan, Naza Automall dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 10 pagi hingga 7 petang pada hujung minggu.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.