Honda CBR1000RR 2019 Akan Dijana Oleh Enjin V4?

 

  • Khabar angin telah tersebar di atas talian tentang kemungkinan kemunculan Honda CBR1000RR 2019 serba baru yang akan menggunakan enjin V4.
  • Majalah Jepun, Young Machine, baru-baru ini telah mengeluarkan satu imej yang dihasilkan yang menunjukkan satu rekabentuk bagi superbike Honda yang mungkin akan dikeluarkan itu.
  • Honda berpengalaman luas dalam tatarajah enjin V4 dan model CBR1000RR terbaru mungkin akan menawarkan pakej ini pada kadar harga yang lebih berpatutan.

Khabar angin terbaru mengenai salah sebuah pengeluar motosikal terbesar dunia telah tersebar di atas talian, dan ianya mengenai motosikal superbike utama mereka, iaitu Honda CBR1000RR. Untuk kali ini, ada satu kemungkinan yang motosikal Fireblade yang baru akan menggunakan tatarajah enjin V4.

Majalah Jepun, Young Machine telah mengeluarkan satu imej hasilan mereka bagi motosikal Honda CBR1000RR 2019 yang baru dan seperti biasa, ia tampak menakjubkan. Young Machine seringkali melakukan ramalan sebegini, dan walaupun mereka kadangkala meleset dalam tekaan rekabentuk jentera yang akan datang, tetapi, adakalanya firasat mereka mengenai sasaran, seperti mana sewaktu mereka mengandaikan rupa paras Kawasaki Z900RS.

Sumber imej: Young Machine

Kembali semula ke motosikal Fireblade. Apa yang kita tahu buat setakat ini adalah Honda sedang mengusahakan sesuatu yang amat istimewa bagi CBR1000RR. Memandangkan yang pengeluar lain telah pun melakukan pelbagai evolusi terhadap motosikal superbike mereka, model CBR1000RR telah dikatakan mempunyai pelan pembangunan ‘dua-peringkat’ yang mana kita akan lihat menjelang hujung tahun ini.

Evolusi peringkat pertama mereka muncul pada tahun lalu sewaktu CBR1000RR mereka telah berubah dengan kemaskini seperti ‘Ride-by-Wire’, kawalan cengkaman baru, ABS menyelekoh, kemaskini elektronik, keluaran kuasa, dan bermacam-macam lagi. Fireblade yang baru tidak syak lagi berada beberapa langkah di hadapan dari segi evolusinya, namun, masih lagi selangkah di belakang sebuah superbike yang lain dari sebuah pengeluar yang lain.

Sumber imej: Young Machine

Di sinilah bermulanya evolusi peringkat-kedua mereka. Menurut Young Machine, Honda CBR1000RR 2019 akan dilengkapi dengan tatarajah enjin V4. Ianya pasti akan menambah keterujaan dan dengan pengalaman meluas pengeluar tersebut dengan enjin V4 yang digunakan dalam jentera perlumbaan RC213V-S, kami pasti yang teknologi berkenaan akan diterapkan juga pada CBR1000RR lambat launnya.

Enjin V4 baru itu sudah pasti akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan kuasa bagi CBR1000RR yang baru melebihi 200hp bagi menjadikannya lebih berdaya saing dalam siri perlumbaan seperti WorldSBK. Lebih penting lagi, CBR1000RR janaan V4 sudah pasti akan lebih berpatutan (atau lebih murah) harganya berbanding motosikal Honda RC213V-s yang berharga RM1 juta.

Pelancarannya dijangka akan diadakan pada lewat tahun ini. Walau apa pun jua, kami harap yang Boon Siew Honda akan membawa jentera ini masuk dan menyediakannya di Honda BigWing Centre strategik di seluruh negara.

Boon Siew Honda Telah Mempratontonkan Honda CB1000R 2018 – RM80,000?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]