Helmet HJC CL-17 Hulk Dan Punisher II 2018 Diperkenalkan

  • HJC Helmets telah memperkenalkan dua buah helmet serba baru, iaitu HJC CL-17 Hulk dan CL-17 Punisher II 2018.
  • Rekaan Hulk adalah tawaran terkini manakala untuk Punisher pula telah diperkemaskini dengan rekaan yang baru.
  • Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II telah ditetapkan harganya pada $199.99 (sekitar RM784) bagi pasaran Amerika Syarikat.


HJC Helmets baru sahaja memperkenalkan tawaran terkini mereka dalam rangkaian Helmet Marvel yang senantiasa berkembang dan ianya adalah antara rekaan yang paling dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya. Mempersembahkan, helmet HJC CL-17 Hulk dan HJC CL-17 Punisher II 2018 terbaru!

Untuk kali ini, sudah tiba masanya tumpuan diberikan kepada adiwira gergasi hijau kegemaran ramai, di mana HJC telah menghasilkan helmet dengan rekaan adiwira tersebut. Diperbuat menggunakan teknologi ‘Advanced Polycarbonate Composite Shell’ HJC, helmet HJC ini teramat ringan, padan dengan kemas, dan menawarkan tahap keselesaan yang tinggi di atas penggunaan teknologi rekaan bantuan komputer terkini.

Bimbang rasa panas membangkitkan ‘Hulk’ yang ada dalam diri anda? Jangan risau kerana helmet CL-17 ini telah direka dengan ‘Advanced Channelling Ventilation System’. Dengan aliran udara dari hadapan ke belakang yang telah diterapkan dalam helmet ini, ia membantu menyalurkan keluar haba dan kelembapan supaya penunggang terasa sejuk dan segar sepanjang perjalanan.

Jika anda lebih gemar akan watak ‘anti-hero’, HJC juga telah memperkenalkan semula helmet Punisher terbaru, memandangkan sambutan yang telah diterimanya sebelum ini. Skema warna Matte Black masih dikekalkan, tetapi, ianya telah dihiasi dengan rekaan tengkorak baru (yang tampak lebih jahat).

Ciri-ciri menarik lain yang ada pada helmet HJC CL-17 ini terdiri daripada ‘Rapidfire™ Shield Replacement System’, SuperCool® Interior, pelindung muka dengan ‘Pinlock’, dan diperakui DOT dan SNELL. Bagi pasaran Amerika Syarikat, helmet CL-17 Hulk dan Punisher II ini telah ditetapkan pada harga $199.99 (sekitar RM784).

Tiada berita mengenai bila ia akan membuat kemunculannya di tanah air kita, namun, kami yakin yang HJC Helmets Malaysia akan mencuba sebaik mungkin bagi peminat helmet HJC dan Marvel yang ada di dalam negara.

HJC Perkenalkan Helmet RPHA 70 Black Panther Terbaru!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]