- Acara jelajah Motonation 2018 Roadshow Kickoff telah bermula bagi mempromosikan acara utamanya yang akan berlangsung pada bulan Oktober yang akan datang.
- Diadakan di Quill City Mall di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, para peserta yang terlibat telah menampilkan kenderaan terbaik mereka bagi menarik perhatian orang ramai.
- Acara utama Motonation 2018 akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober 2018 di MECC, MATRADE.
Acara jelajah Motonation 2018 yang pertama telah pun bermula bagi mempromosikan acara utama tersebut yang akan berlangsung pada bulan Oktober, hujung tahun ini. Diadakan di Quill City Mall (bersebelahan dengan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), para pengunjung telah disambut oleh kenderaan-kenderaan yang mengagumkan, seperti mana yang telah dipamerkan oleh salah seorang peserta acara jelajah tersebut.
Dengan kenderaan-kenderaan seperti kereta Ferrari F12 Berlinetta yang menyembur api dan Nissan Silvia S14 yang menggiurkan, acara Motonation 2018 Roadshow Kickoff ini telah menarik minat orang ramai. Semua ini adalah jasa sokongan yang telah ditunjukkan oleh CHY Autoworld Sdn. Bhd., Tom’s Stickers, dan Rintis Malay Motors Sdn. Bhd. yang hadir bersama kereta-kereta mereka yang hebat.
Akan ada lebih banyak acara jelajah yang akan dijalankan dari sekarang sehingga bulan September 2018, di mana Motonation juga akan menyertakan sebuah program pemadanan perniagaan bagi membantu dalam mengembangkan dan menghebahkan lagi peserta dan perniagaan yang terlibat dalam acara ini. Ini seiring dengan objektif Motonation dalam mencipta ekosistem automotif yang maju.
Acara jelajah ini akan diadakan di beberapa tempat di sekitar kawasan Lembah Klang. Hentian mereka yang seterusnya ada minggu yang akan datang adalah di Scott Garden di Jalan Klang Lama. Tempat-tempat lain termasuklah Bangi, Semenyih, Shah Alam, Petaling Jaya, serta beberapa lagi tempat lain di luar kawasan Lembah Klang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara jelajah Motonation 2018, layarilah laman Facebook rasmi mereka. Acara utama Motonation 2018 akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober 2018 di MECC, MATRADE. Peserta yang berminat perlu segera mendaftar kerana dijangkakan lebih daripada 100,000 hadirin akan membanjiri festival tiga hari berkenaan.
Peminat Motonation Membawa Pulang Kad Miles Petron Bernilai RM4,000!