Motonation 2018 Dilancarkan Secara Rasmi Dan Bersiap Sedia Untuk Bulan Oktober


Motonation 2018 telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini di Glenmarie, Shah Alam.
Acara utamanya tahun ini akan diadakan di MECC, MATRADE dari 19 hingga 21 Oktober 2018.
Lebih daripada 100,000 orang pengunjung dijangka akan membanjiri festival tahun ini.


Festival Motonation 2018 telah bersiap sedia, bermula dengan pelancaran rasmi besar-besarannya yang telah berlangsung pada hari ini. Diadakan di Glenmarie, Shah Alam, lebih daripada 200 peserta dari pelbagai segmen industri automotif yang berbeza telah menyaksikan majlis pelancaran yang telah dirasmikan oleh Dato’ Wan Latiff Wan Musa, Naib Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Nazrul Zahri, Ketua Pegawai Eksekutif Motonation, Encik Por, Ketua Pegawai Eksekutif Spanarboy, dan Encik Jason, Ketua Pegawai Eksekutif Miss Malaysia Kebaya (MMK). Ke semua mereka telah berkumpul bagi menandatangani MOU rasmi untuk Motonation 2018.

Festival Motonation yang pertama telah dianjurkan pada tahun lalu dan acara utama mereka pada bulan November lalu merupakan acara automotif terbesar di Asia Tenggara. Bagi tahun kedua ini, mereka telah merancang sesuatu yang lebih besar dan gah berbanding tahun 2017, yang mana ianya akan diadakan di MECC, MATRADE, dari 19 hingga 21 Oktober 2018.

Festival Motonation boleh dianggap sebagai sebuah acara yang unik berbanding dengan acara berkaitan automotif yang yang kerana festival tiga hari ini akan meliputi kedua-dua segmen gaya hidup dan korporat automotif. Pelbagai segmen seperti kelengkapan, pembiayaan, pendidikan, seni, budaya dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan automotif akan dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Selain daripada acara utamanya yang akan diadakan pada bulan Oktober ini, Motonation juga akan menganjurkan Anugerah Automotif Asia buat kali kedua bagi menghargai individu-individu yang memberi impak pada industri automotif. 55 buah anugerah telah dihadiahkan pada tahun lalu dan untuk acara utama tahun ini, ianya pasti lebih hebat dari sebelumnya.

Terdapat juga satu tambahan istimewa bagi festival Motonation tahun ini. Buat pertama kalinya, platform pertandingan anugerah Duta Automotif Asia akan dilancarkan dengan kerjasama Miss Malaysia Kebaya (MMK). Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat wanita baru yang akan menjadi wajah dan suara bagi industri automotif di Malaysia.

Anugerah Automotif Asia akan diadakan serentak dengan jelajah Motonation 2018 yang akan menjelajahi seluruh negara sepanjang tahun. Di antara lokasi-lokasi tumpuannya ialah Scott Garden Mall, Hype Motorsport Hotel, Quill City Mall, dan lain-lain.

Satu lagi pengumuman kejutan ialah mengenai Spanarboy, platform e-dagang pertama yang dihoskan oleh Motonation 2018. Ia akan menjadi pusat satu hentian bagi segala-galanya yang berkaitan dengan automotif di mana para peniaga dan peserta lain akan dapat mendekati dan memasrkan produk mereka kepada pasaran atas talian yang lebih besar dan luas.

Jadi, tandakan tarikh 19 hingga 21 Oktober 2018 kerana anda pasti tidak ingin terlepas peluang menghadiri festival tahun ini, di mana dijangkakan lebih daripada 100,000 orang pengunjung akan menghadirinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara Motonation 2018 ini, layarilah laman Facebook rasmi Motonation.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]