Malaysia Speed Festival 2018 (MSF) Bersedia Bagi Pusingan 2

  • Pusingan 2 bagi Malaysia Speed Festival 2018 (MSF) akan bermula pada hujung minggu ini pada 7 dan 8 April 2018.
  • Lebih daripada 60 buah motosikal telah mendaftar bagi sesi hari litar dan juga untuk pusingan pertama perlumbaan MSF Super400 dan MSF Super1000.
  • Acara-acara yang lain termasuklah MSF Drift Gonzo, MSF Cars Racing, dan juga MSF Car Track Day.

Lebih daripada 60 buah motosikal akan bersaing sesama sendiri pada hujung minggu ini (7 dan 8 April 2018) di Malaysia Speed Festival 2018, yang juga dikenali sebagai MSF. Acara sukan permotoran kebangsaan yang juga merupakan salah sebuah acara yang terbesar dalam negara ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di mana para pelumba motosikal akan bersaing sesama sendiri dalam perlumbaan MSF Super400 dan MSF Super1000.

Inilah peluang anda untuk mendekati jentera-jentera perlumbaan yang menakjubkan yang didaftar di bawah kedua-dua kategori perlumbaan ini. Tiket masuk ke Main Grandstand adalah percuma, tetapi, pasti lebih menyeronokkan sekiranya anda memilih untuk menyaksikan perlumbaan tersebut secara langsung dari paddock dengan harga tiket yang semurah RM20 sahaja (RM35 selepas jam 11 pagi).

Ke semua penggemar dan peminat sukan permotoran dan juga hari litar dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan pada hujung minggu berkenaan, di mana bukan sekadar perlumbaan motosikal superbike sahaja yang akan disajikan, tetapi, tetapi aktiviti-aktiviti lain seperti MSF Superbike Track Day pada hari Sabtu, dan MSF Drift Gonzo buat anda yang meminati sukan ‘drift’. Tidak lupa acara MSF Cars Racing dan juga sesi litar bagi mereka yang menggemari empat-roda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara ekstravaganza sepanjang hujung minggu ini, layarilah laman Facebook rasmi MSF.

Sumber imej: MSF

“Satu Negeri, Satu Litar Lumba Dalam Masa 10 Tahun” – Khairy Jamaluddin

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply