- Harley-Davidson baru sahaja memperkenalkan motosikal Harley-Davidson Iron 1200 dan Forty-Eight Special 2018.
- Dua model terbaru ini adalah tambahan bagi rangkaian Sportster mereka yang datang dengan enjin Evolution V-Twin 1,200cc mereka.
- Motosikal Iron 1200 telah ditetapkan harganya pada $9,999 (RM39,131) manakala Forty-Eight Special pula pada tanda harga $11,299 (RM44,218) untuk pasaran Amerikat Syarikat.
Harley-Davidson telah melancarkan dua model baru bagi rangkaian Sportster terkini dengan Harley-Davidson Iron 1200 dan Forty-Eight Special 2018. Kedua-dua model tersebut dilengkapi dengan enjin Evolution V-Twin Sportster 1,200cc terkini dari pengeluar tersebut.
Diilhamkan daripada arena motosikal buatan khas, kedua-dua Iron 1200 dan Forty-Eight Special telah dilengkapi dengan beberapa buah kelengkapan yang cukup cantik sekali seperti palang pemegang ‘mini ape’ dan kemasan grafik tangki bahanapi. Digandingkan dengan saiz kompak, agihan kuasa, dan perwatakan unik siri Sportster ini, kedua-dua model terkini ini pasti akan menarik minat sebahagian besar penggemar motosikal.
Menurut Brad Richards, Naib Presiden Penggayaan & Rekabentuk Harley-Davidson, “Sebuah motosikal Sportster adalah motosikal yang agak mudah untuk ‘ditelanjangkan’ dan dicipta semula. Apa yang kami lakukan bagi mencipta motosikal Iron 1200 dan Forty-Eight Special adalah sesuatu yang telah dilakukan oleh pemilik Sportster sejak bertahun lamanya.”
Harley Davidson Iron 1200 2018 – $9,999 (RM39,131)
Tanggapan pertama kebanyakan orang mengenai Iron 1200 adalah yang ianya adalah sebuah motosikal Iron 883 yang dilengkapi dengan enjin yang lebih besar. Harley-Davidson ingin meyakinkan orang ramai yang ianya lebih dari sekadar peningkatan kuasa sebanyak 36%. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, palang pemegang ‘mini ape’ yang baru menawarkan kedudukan menunggang yang lebih terbuka, yang cukup sesuai sekali dengan rekabentuk lampu hadapan tunggal.
Ciri yang paling menonjol pada motosikal ini sudah pastinya adalah tangki bahanapi 12.5 liter dengan bentuk yang unik serta grafik yang menyerlah. Pelana tunggal ala café racernya itu selari dengan aliran rekabentuk motosikal dan para pengguna di beri pilihan beberapa pilihan warna yang berbeza (Vivid Black, Twisted Cherry, dan Billiard White).
Ia masih mempunyai beberapa persamaan dengan motosikal Iron 883. Enjin klasik yang dilegapkan bersama dengan tiub ‘pushrod’ kroma beserta roda berjejari, ke semuanya sebagai penghormatan bagi arena motosikal buatan khas motosikal cruiser tersebut di samping menyerlahkan daya tarikan Sportster ikonik tersebut.
Motosikal Harley-Davidson Iron 1200 2018 ini boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada harga $9,999 (RM39,131). Jika ianya tiba di negara kita, kami jangka yang ianya berharga di antara RM80,000 hingga RM90,000.
Harley-Davidson Forty-Eight Special 2018 – $11,299 (RM44,218)
Dari rupa parasnya sahaja, kami boleh agak yang motosikal ini pasti lebih menarik minat generasi yang lebih muda. Ianya tidak menghairankan kerana Harley-Davidson sedang berusaha untuk mendekati pasaran yang lebih muda dan dengan motosikal Forty-Eight Special ini, mereka mungkin telah berjaya melakukannya.
Motosikal Sportster Forty-Eight Special 2018 ini berkongsi beberapa kualiti yang serupa dengan motosikal Forty-Eight standard. Spesifikasi yang paling terserlah adalah fork hadapan 49mm yang kekar, dilengkapkan dengan roda aluminium lebar 130mm yang diliputi dengan tayar berkualiti, Michelin Scorcher 31.
Apa yang ketara berlainan dari model standard adalah palang pemegang Tallboy yang memberikan motosikal Special ini ergonomik penunggangan yang lebih ringkas, yang mana kebanyakan penunggang pasti merasa selesa, terutamanya sewaktu penunggangan jarak jauh. Penutup enjin dan pelindung ekzos kroma telah dilengkapkan pada motosikal Special ini, berbanding dengan model Forty-Eight standard yang dilengkapi dengan kelengkapan yang telah dilegapkan.
Tangki bahanapi “peanut” 8.3 liter motosikal Special ini datang dengan kemasan garisan melintang, bersebelahan dengan logo Harley-Davidson. Seperti motosikal Iron 1200, Forty-Eight Special didatangkan dalam tiga pilihan warna berbeza; Vivid Black, Wicked Red, dan Billiard White.
Motosikal Harley-Davidson Forty-Eight Special 2018 akan boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada harga $11,299 (RM44,218), yang mana ianya dikatakan merupakan harga yang sama bagi motosikal Forty-Eight standard. Walaupun kita tidak akan mendapat harga yang sama sebaik sahaja motosikal ini tiba di Malaysia, Ianya mungkin sekali di sekitar harga Rm100,000 kerana motosikal Sportster Forty-Eight yang datang sebelum ini berada pada paras harga RM106,000 (harga asas beserta GST).
Mana tahu, ianya mungkin lebih murah apabila sudah sampai di sini!