Tunggang Uji: Harley-Davidson Sportster 48 Special – Rupa Paras Retro Menawan Buat Sebuah Tunggangan Dalam Bandar

Harley-Davidson Sportster 48 Special adalah salah sebuah model paling popular di antara model Sportster. Rupa parasnya yang menawan itu hadir atas jasa susuknya yang renek dan juga tayar hadapannya yang besar dan ikonik. Tangki bahanapi 8 liternya itu membuatkannya lebih sesuai sebagai sebuah tunggangan dalam bandar berbanding sebuah tunggangan jarak jauh. Sekiranya anda mementingkan gaya,…

Harley-Davidson Iron 1200 Dan Forty-Eight Special 2018 Diperkenalkan!

  Harley-Davidson baru sahaja memperkenalkan motosikal Harley-Davidson Iron 1200 dan Forty-Eight Special 2018. Dua model terbaru ini adalah tambahan bagi rangkaian Sportster mereka yang datang dengan enjin Evolution V-Twin 1,200cc mereka. Motosikal Iron 1200 telah ditetapkan harganya pada $9,999 (RM39,131) manakala Forty-Eight Special pula pada tanda harga $11,299 (RM44,218) untuk pasaran Amerikat Syarikat.