Harga Di Amerika Syarikat Bagi Triumph Speed Triple 2018 Diumumkan! Bermula Dari RM56,101

  • Triumph Motorcycles telah mendedahkan harga rasmi bagi rangkaian Triumph Speed Triple 2018 terkini mereka.
  • Motosikal Speed triple S 2018 didatangkan dengan harga $14,350 (RM56,101) manakala RS pula akan disediakan pada harga $16,350 (RM63,920).
  • Jumlah tambahan yang kecil untuk RS itu akan membolehkan anda mendapat suspensi Ohlins, ekzos Arrow, kelengkapan elektronik yang dipertingkatkan (IMU, kawalan cengkaman, ABS, dll.) serta quickshifter dua arah.

Sewaktu acara pelancaran Triumph Speed Triple 2018 yang telah diadakan di Sepanyol baru-baru ini, Triumph Motorcycles telah mendedahkan harga rasmi bagi model motosikal streetfighter terkini mereka tersebut. Dan daripada yang telah mereka persembahkan, harganya itu tidak kurang hebatnya, sama hebat seperti segala kemaskini utama yang telah mereka sertakan pada motosikal Speed Triple terbaru ini.

 

Digelar sebagai “Ultimate Hooligan” terkini dari pengeluar motosikal British berkenaan, generasi terbaru motosikal Speed Triple ini dilengkapi dengan enjin tiga selari 1,055ccnya yang ikonik, namun, ianya telah dirombak secara besar-besaran dengan lebih daripada 150 kelengkapan yang baru. Digandingkan dengan kelengkapan elektronik yang dikemaskini dengan pakej keseluruhan yang lebih ringan, ianya tidak syak lagi merupakan salah sebuah motosikal streetfighter terhebat setakat ini.

Seperti apa yang sudah kita sedia maklum, terdapat dua buah model yang telah dilancarkan, iaitu Triumph Speed Triple S 2018 dan Triumph Speed Triple RS 2018. Berdasarkan laporan terkini dari Asphalt & Rubber, pasaran Amerika Syarikat akan dapat memiliki motosikal Speed Triple terbaru ini pada harga $14,350 (RM56,101) untuk model asas dan $16,350 (RM63,920) bagi model RS.

Berdasarkan harganya itu, jurang perbezaannya tidaklah terlalu besar namun model RS nampak berbaloi dengan tambahan sebanyak RM7,819 itu apabila kita lihat pada spesifikasinya. Bagi jumlah yang agak kecil itu, kita boleh dapat suspensi boleh laras sepenuhnya Ohlins, sistem ekzos Arrow, kelengkapan elektronik yang dipertingkatkan lagi (IMU, kawalan cengkaman, ABS, dll.), serta quickshifter dua arah, di samping kelengkapan tambahan yang lain-lain.

Apa yang boleh kami andaikan pada waktu ini adalah sekiranya model ini tiba di tanah air kita, harganya dijangka akan berada di sekitar RM70,000 dan ke atas. Model Triumph Street Triple RS 2017 yang terbaru dan cukup mengagumkan itu datang dengan tanda harga RM66,900 (harga asas beserta GST). Kami tidak berapa pasti akan prestasi Speed Triple yang baru ini, tetapi, sudah pasti ianya satu cabaran untuk mengatasi kegemaran semasa kami, Street Triple RS 2017.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk sebarang perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Triumph Speed Triple S dan RS 2018 Dilancarkan!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]