Peminat Motonation Membawa Pulang Kad Miles Petron Bernilai RM4,000!

 

  • Empat orang pengunjung festival Motonation yang bertuah telah mendapatkan kad Miles Petron mereka hari ini yang diisi dengn mata bernilai RM1,000 setiap satu.
  • Kad Miles Petron tersebut merupakan sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah yang dihadiahkan ketika acara Motonation yang telah berlangsung pada penghujung tahun lalu di PICC.
  • Petron Malaysia juga turut menaja minyak petrol premium mereka beserta 5,000 cenderamata sewaktu festival tiga hari berkenaan.

Empat orang peminat bertuah yang telah menghadiri acara Motonation pada bulan Disember tahun lalu telah berjaya membawa pulang kad Miles Petron yang telah diisi dengan mata yang bernilai RM1,000 setiap satu. Upacara penyampaian hadiah tersebut telah dilangsungkan pada awal hari ini di ibu pejabat Petron Malaysia yang terletak di Jalan Dungun, Bukit Damansara.

Petron Malaysia adalah salah sebuah penaja utama bagi acara yang telah diadakan pada penghujung tahun lalu di PICC (Putrajaya International Convention Centre). Motonation telah menjanjikan pelbagai hadiah untuk diberikan termasuklah kad ganjaran Miles Petron yang diisi dengan mata bernilai RM1,000. Pada awal hari ini, janji itu telah ditunaikan kepada empat orang individu yang bertuah.

Selain daripada Kad Miles Petron, Petron juga turut menaja minyak petrol Blaze 100, Turbo Diesel Euro5, dan tong gas Gasul LPG sewaktu festival berkenaan untuk kegunaan minyak petrol pertunjukan drift kereta dan bas ulang alik, menjana penjana untuk kegunaan aktiviti luar, dan gas masak bagi penjual trak makanan.

Bagi menjadikan acara berkenaan lebih mengujakan, Petron juga turut mengambil langkah dengan menyumbangkan 5,000 model kereta Porsche serta payung buat pengunjung awal yang bertuah sebagai cenderamata. Kehadiran Petron Malaysia telah menambah lagi keseronokan pada festival Motonation tersebut.

Motonation adalah acara gaya hidup serta korporat automotif pertama di Malaysia yang telah diadakan dengan jayanya pada bulan Disember tahun lalu di Putrajaya dengan lebih daripada 150 peserta memenuhi sejumlah 640 gerai dan dengan sejumlah 120,000 pengunjung sepanjang 3 hari berkenaan. Tekanlah pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut sorotan menarik acara berkenaan!

Karnival Motonation 2017 – “The Grand Finale”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]