Sym Trazer 200 2018 – Motosikal Kembara Mini Terbaru Untuk Orang Ramai?

  • Pengeluar motosikal, Sym, sedang cuba untuk melibatkan diri mereka dalam kancah motosikal berkapasiti kecil dengan pengenalan motosikal Sym Trazer 200 2018.
  • Dilengkapi dengan enjin satu silinder 183cc, motosikal Trazer 200 ini dikatakan mampu menghasilkan 18hp dan 16Nm tork.
  • Ciri-ciri lain yang ada padanya termasuk roda berjejari beserta tayar ‘off-road’, suspensi dengan ruang gerakan yang panjang, ABS boleh pilih, dan pelbagai lagi ciri-ciri yang lain.

Kawasaki Versys-X 250

Dengan dunia semakin hari semakin menunjuk minat pada penunggangan dwi-sukan atau ‘off-road’, para pengeluar mula memenuhi kehendak pasaran ini dengan pengenalan motosikal-motosikal yang paling menakjubkan di dunia. Baru-baru ini sahaja kita telah menyaksikan para pengeluar mula mencecahkan kaki mereka dalam pasaran motosikal kembara berkapasiti lebih rendah dengan beberapa buah jentera yang hebat seperti Kawasaki Versys-X 250 2017 dan BMW G 310 GS 2017.

BMW G 310 GS

Nampaknya, Sym telah bersedia untuk menurut langkah dengan melibatkan diri mereka dalam pasaran berkenaan melalui pengenalan motosikal terkini mereka, Sym Trazer 200 2018. Direka bagi memenuhi keperluan mana-mana penunggang baru yang ingin meneroka dunia penunggangan motosikal dwi-sukan, motosikal Sym Trazer 200 2018 dilengkapi dengan segala keperluan asas yang akan menjadikannya teguh serta tahan lasak.

Dilengkapi dengan enjin satu silinder 183cc, motosikal Trazer 200 2018 didakwa boleh menghasilkan 18hp dan 16Nm tork. Jika dibandingkan dengan model motosikal Sym paling popular di Malaysia, iaitu skuter VTS 200, motosikal Trazer 200 mempunyai 3.5hp dan 2.3Nm lebih daripada skuter maxi berkenaan.

Spesifikasi lain yang ada pada motosikal ini adalah roda berjejari yang tampak kekar dilitupi dengan tayar ‘off-road’ (19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang), suspensi dengan ruang gerakan yang panjang, dan fungsi ABS yang boleh dipilih. Dilihat pada gambarnya sahaja, paut sahaja sepasang pannier sisi dan anda telah pun bersedia untuk menjelajah dunia.

Harga dan sama ada ianya akan disediakan bagi pasaran Malaysia masih belum dapat kami tentukan buat masa ini. Namun, berdasarkan harga sebuah Sym VTS 200 Edisi Khas (RM11,766 – harga asas beserta GST), kami agak yang ianya akan berada di sekitar RM13,000. Sudah pasti ianya satu paras harga yang amat murah sekali.

Buat masa ini, anda boleh belek motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017, atau BMW G 310 GS 2017.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.