10 Perkara Yang Paling Kami Suka Mengenai Motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 Dan Kawasaki Z650 ABS 2017

 

  • Dua di antara pilihan motosikal kelas pertengahan terbaik yang ada di dalam Malaysia pada waktu ini adalah Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 dan Kawasaki Z650 ABS 2017.
  • Direka untuk menggantikan siri ER6 Kawasaki, motosikali-motosikal yang baru ini bukanlah sekadar pengemaskinian yang mudah sahaja.
  • Ditetapkan harganya di bawah paras RM40,000, motosikal-motosikal ini sesuai sekali untuk kegunaan harian tidak kiralah untuk tunggangan ke tempat kerja dibandar yang sibuk, mahu pun untuk tunggangan santai pada hujung minggu.

Motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 dan Kawasaki Z650 ABS 2017 telah diperkenalkan di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan ysng lalu. Dianggap sebagai pengganti untuk rangkaian model ER6-F dan ER6-N yang amat diminati, yang mana ianya telah dikeluarkan dari 2006 hingga 2015, motosikal-motosikal terbaru untuk tahun 2017 ini bukan sekadar sebuah model yang telah diperkemaskini.

Di mana siri 650 Kawasaki terbaru telah menerima maklum balas yang berbeza-beza, di sini kami ingin senaraikan 10 perkara yang kami suka mengenaimotosikal kelas pertengahan Kawasaki bagi tahun 2017.

1. RUPA PARAS

Sebagai sebahagian daripada peralihan dari model ER6 yang digantikan, motosikal-motosikal kelas pertengahan terkini Kawasaki telah diterapkan denganpenggayaan yang sama seperti rangkaian motosikal Z dan Ninja. Direka untuk lebih kompak, menjadikannya sesuai untuk kebanyakan penunggang Asia dengan pengurangan saiznya.

Sumber imej: MCN

Ini menawarkan sebuah imej yang lebih dinamik dan lincah yang mana memberikan keyakinan, walaupun untuk penunggang baru. Secara ringkasnya, kedua-dua Ninja 650 dan Z650 tampak garang tanpa terasa menakutkan, mencabar namun pada masa yang sama, cukup menggoda.

2. KEFUNGSIAN

Bersaiz praktikal, rangkaian motosikal 650 dari Kawasaki didatangkan dalam bentuk, saiz, dan berat yang kompak dan seimbang, menjadikan kedua-dua buah motosikal ini teramat praktikal walaupun untuk kegunaan harian. Digandingkan dengan sebuah tangki bahanapi yang besar (15 liter), ketinggian pelana yang direndahkan, dan posisi menunggang yang dioptimumkan, ianya mengurangkan kebimbangan dan mudah untuk diselenggara dengan adalah Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC).

3. PENGGUNAAN BAHANAPI YANG HEBAT

Dengan harga bahanapi yang sering berubah-ubah di Malaysia, menunggang sama ada motosikal Ninja 650 ABS atau Z650 ABS tidak akan membebankan poket anda setiap kali anda membuat isian semula. Dengan hanya RM30 sahaja dan dengan purata 22km bagi setiap liter, tangki bahanapinya yang sebesar 15 liter itu boleh membawa anda melebihi jarak 300km.

4. RINGAN

Dengan beratnya pada 187kg (Z650) dan 193kg (Ninja 650), motosikal-motosikal ini 16kg hingga 17kg lebih ringan berbanding para pendahulunya. Kawasaki mampu mengurangkan beratnya sebanyak itu kerana penggunaan kerangka trellis dan lengan ayun bergaya ‘gull-arm’.

Kerangkanya sahaja 10kg lebih ringan dari motosikal sebelumnya (15kg) manakala langan ayunnya telah direka semula untuk mengurangkan berat sebanyak 2.7kg (4.8kg).Ianya adalah peningkatan yang besar terutamanya bagi prestasi penunggangan dan pengendalian motosikal-motosikal ini. Sesuai untuk penunggang baru mahu pun buat mereka yang berpengalaman.

5. PRESTASI

Dilengkapi dengan enjin sejukan cecair, berkembar-selari, 649cc, motosikal-motosikal ini mempunyai agihan kuasa dan tindak balas tork yang telah dipertingkatkan dari jangkauan rendah ke sederhana. Menghasilkan sehingga 65hp dan 65.Nm, kedua-dua motosikal Ninja 650 dan Z650 telah dilengkapi dengan sebuah enjin yang didatangkan bersama kelengkapan-kelengkapan baru seperti kepala silinder, aci engkol, dan ekzos yang menjadikan motosikal-motosikal ini patuh Euro4.

Hasilnya? pemecutan yang memberangsangkan, prestasi persiaran yang lancar dan kuasa yang mencukupi untuk mencecah kelajuan 200km/j tanpa perlu bersusah payah. Jika anda lebih menggemari motosikal yang mempunyai julat agihan kuasa yang lebih tinggi, pilihlah Ninja 650 kerana ianya mempunyai bukaan badan pendikit yang lebih besar.

6. PERASAAN SEWAKTU MENUNGGANG

Kombinasi yang baik di antara keselesaan dan kelajuan telah menawarkan peningkatan yang diperlukan dalam ergonomik penunggangan terutamanya dengan palang pemegang dan tempat letak kaki yang terletak secara optimum. Melihat pada posisi duduk,motosikal-motosikal ini menawarkan pembahagian berat jauh dari lengan yang lebih baik yang mana ianya membolehkan pengendalian yang mudah dan juga keselesaan.

Rekaan pelananya juga telah dioptimumkan untuk keselesaan dan keseronokan menunggang. Dilengkapkan dengan rekaan pelana yang lebih ramping bersama dengan ketinggian pelana yang lebih rendah, kedua-dua Ninja 650 dan Z650 memberikan keyakinan menunggang yang tinggi kerana kebanyakan penunggang dapat mencecahkan kaki mereka ke tanah dengan mudah.

7. TEKNOLOGI

Dilengkapi dengan teknologi penunggangan terkini, siri 650 Kawasaki kini lebih selamat atas jasa beberapa aspek, terutamanya atas sebab adanya unit ABS dwi-saluran Bosch 9.1M terbaru. Apabila diuji, unit ABS ini berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Kedua-dua motosikal Ninja 650 dan Z650 ini didatangkan dengan klac ‘Assist and Slipper’ yang menawarkan pengoperasian klac yang lebih lembut, ‘roll-off’ yang lebih mudah, dan mengurangkan lompatan roda belakang sewaktu penurunan gear (yang juga menyumbang kepada kestabilan menyelekoh yang lebih baik). Dengan penggunaan teknologi terkini ini, menunggang motosikal lumba terasa lebih selesa.

Teknologi-teknologi terbaru yang lain termasuklah meter digital serba baru, yang kini dilengkapi dengan penunjuk gear, lampu ‘shift’, mod paparan boleh pilih, dan tolok suhu bahan penyejuk, adalah di antara beberapa buah teknologi baru yang ada pada motosikal-motosikal ini.

8. TIADA LAGI BAHANG UDARA PANAS!

Ini adalah ciri yang paling kami gemari sekali pada rangkaian 650 Kawasaki terbaru ini. Dengan adanya pelitup kipas radiator baru, berhenti di lampu trafik tidak lagi menyeksakan seperti sebelum ini, dengan bahang udara panas yang meresap naik ke tubuh penunggang.

Radiator terbaru telah direka untuk menepis haba jauh dari penunggang yang menjadikan motosikal-motosikal ini teramatlah SELESA walaupun ketika terkandas dalam kesesakan lalulintas. Ini juga bermakna yang kedua-dua buah motosikal lumba dan naked kelas pertengahan dari Kawasaki ini cukup sesuai untuk kegunaan di dalam bandaraya di mana kita sering kali bergerak dan berhenti.

9. SESUAI UNTUK SETIAP SITUASI PENUNGGANGAN JALAN RAYA

Kerana ianya ringan dan lincah, rangkaian motosikal 650 Kawasaki 2017 ini cukup menakjubkan ketika menangani kesesakan lalulintas dengan mudah. Di mana kebanyakan motosikal lumba hanya menawarkan sama ada pengendalian yang hebat atau kuasa, motosikal Ninja 650 dan Z650 mempunyai imbangan yang sempurna di antara kedua-duanya.

Perlukan kuasa untuk meliputi jarak lebuhraya yang jauh? Motosikal-motosikal ini cukup berkuasa untuk menderu dengan pantas di atas lebuhraya. Terasa seperti ingin menunggang di atas jalan raya bukit dan gunung? Walaupun suspensi bukanlah suspensi yang sedia perlumbaan, ianya mencukupi bagi memberikan perasaan ‘sporty’ sewaktu tunggangan hujung minggu meredah jalan bukit dan gunung.

10. HARGA

Perkara yang terhebat mengenai motosikal-motosikal ini adalah harganya. Di mana kebanyakan penggemar motosikal akan mengatakan yang sebuah motosikal kelas pertengahan yang baik selalunya bernilai lebih daripada RM50,000, kedua-dua motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 dan Kawasaki Z650 ABS 2017 ini telah ditetapkan harganya di bawah paras RM40,000.

Apabila bercerita tentang nilai baik untuk wang yang telah dibelanjakan dari segi pakej keseluruhan, rangkaian 650 Kawasaki sudah semestinya mengujakan penggemar dengan harganya pada RM35,609 untuk Z650 ABS, dan RM37,189 untuk Ninja 650 ABS (harga asas beserta GST).

Kesimpulannya, motosikal lumba kelas pertengahan terkini dari Kawasaki sememangnya satu pilihan yang amat baik sekali untuk dipertimbangkan sekiranya anda tercari-cari motosikal kelas pertengahan tahap permulaan yang bernilai kurang daripada RM40,000. Dengan rekaan yang hebat, prestasi yang memberangsangkan, dan juga praktikal untuk kegunaan harian, menunggang motosikal Ninja 650 atau Z650 sudah pasti amat menyeronokan tidak kira pada bila-bila masa sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman sesawang rasmi Kawasaki Motor Malaysia.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.