BMW S 1000 RR HP4 Race, BMW G 310 GS Dan BMW S 1000 XR Dilancarkan di MotoGP Malaysia 2017!

Advertisements

  • BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan motosikal S 1000 RR HP4 Race, G 310 GS, dan S 1000 XR di MotoGP Malaysia 2017.
  • Tiga buah motosikal dalam tiga segmen yang berbeza bagi memenuhi kehendak setiap penunggang motosikal.
  • Motosikal S 1000 RR HP4 Race diletakkan pada harga RM520,000, motosikal G 310 GS bermula dari RM29,900, dan motosikal S 1000 XR dari RM105,900.


Sepang, 27 Oktober 2017 – BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan tiga buah motosikal baru di MotoGP Malaysia 2017 pada hujung minggu ini. BMW HP4 Race, BMW G 310 GS, dan BMW S 1000 XR serba baru telah diperkenalkan buat kali pertamanya di Malaysia di acara MotoGP tahunan di Litar Antarabangsa Sepang.

Memperkenalkan motosikal-motosikal premium terbaru ini adalah Encik Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, yang mengatakan, “Sekiranya perlumbaan MotoGP adalah acara perlumbaan motosikal terbesar di Malaysia, sudah semestinya sewaktu acara inilah BMW Motorrad Malaysia akan membuat penampilan serta peragaan yang terbesar untuk tahun ini. Pada tahun ini, kami mempersembahkan tiga buah motosikal baru yang telah dinanti-nantikan oleh para peminat motorrad sejak motosikal-motosikal ini membuat kemunculan pertama mereka di EICMA di Milan pada tahun lalu!”

“Motosikal BMW HP4 Race serba baru – motosikal superbike perlumbaan baka tulen kami dihasilkan hanya untuk litar perlumbaan! Yang dinanti-nantikan motosikal BMW 310 GS serba baru dan motosikal Super Adventure Sports Tourer, BMW S 1000 XR.”

BMW HP 4 Race. Dihasilkan satu demi satu untuk prestasi terbaik di atas litar perlumbaan.

BMW S 1000 RR HP4 Race melambangkan sebuah motosikal perlumbaan baka tulen dengan hanya 750 unit yang telah dikeluarkan. Setiap satu motosikal ini dihasilkan satu demi satu oleh sepasukan kecil yang berkemahiran tinggi bagi memastikan prestasi pada tahap tertinggi dan reliabiliti di atas litar perlumbaan.

Motosikal HP4 Race menawarkan sebuah enjin perlumbaan baka tulen mirip pada spesifikasi 6.2 dan 7.2 seperti yang terdapat dalam siri perlumbaan Endurance dan Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK). Menghaasilkan 215hp pada 13,900rpm dan 120Nm tork maksima pada 10,000rpm. RPM maksimanya telah dipertingkatkan lagu dari 14,200rpm ke 14,500rpm, berbanding dengan motosikal S 1000 RR standard. Kotak gear perlumbaan ‘close ratio‘ enam kelajuan telah digunakan dengan nisbah yang dioptimumkan dan pelbagai nisbah tambahan.

Enjin dan elektronik motosikal ini berada dalam kategori yang sama seperti motosikal superbike perlumbaan pengilang semasa. Namun, apa yang menjadikan motosikkal S 1000 RR HP4 Race ini lebih istimewa adalah kerangka karbon fibernya. Seberat 171 kilogram apabila di isi penuh dan sedia untuk litar, motosikal HP4 Race ini lebih ringan daripada kebanyakan motosikal perlumbaan pengilang.

Motosikal BMW HP4 Race juga memenuhi keperluan teknologi perlumbaan tertinggi bagi suspensi dan breknya. Dilengkapi dengan fork terbalik Ohlins FGR 300 dan penyerap hentakan belakang TTX 36 GP yang serupa seperti apa yang digunakan dalam WorldSBK dan MotoGP. Lengan ayun ‘underslung’ aloi ringan yang diperbuat daripada kepingan logam yang dikilangkan juga merupakan komponen yang digunakan dalam WorldSBK. Bercirikan dua angkup brek monobloc Brembo GP4 PR, sistem brek bagi motosikal HP4 Race terbaru ini juga merupakan kelengkapan yang boleh didapati pada jentera WorldSBK. Omboh bersadur titanium dan angkup aluminium dengan permukaan yang disalut nikel secara kimia menjadikannya gabungan bahan-bahan yang terbaik yang boleh didapati buat masa ini. Dan dengan brek keluli perlumbaan 320mm, lebar 6.75mm jenis-T, sistem itu memastikan prestasi brek yang menakjubkan.

Motosikal BMW HP4 Race terbaru dilengkapi dengan pakej kawalan elektronik dan sistem bantuan yang ekstensif serta sistem elektrikal atas jentera yang dioptimumkan berat bagi memenuhi keperluan perlumbaan. Pelbagai maklumat tersedia untuk tatapan pada papan pemuka 2D (data-logger) dengan memori data yang boleh dipindahkan.

Motosikal BMW HP4 Race ini disediakan dalam skema warna BMW HP Motorsport yang memberikan motosikal superbike muktamad ini rupa paras yang garang sekali.

BMW G 310 GS. Bersedia untuk pengembaraan harian.

Rangkaian GS bagi motosikal BMW Motorrad melambangkan satu janji sebuah jentera yang berkefungsian, berkebolehharapan, dan ketegapan yang sempurna. BMW G 310 GS membawa kualiti-kualiti berkenaan ke segmen di bawah 500cc, dengan terjemahannya yang tersendiri. Sebuah produk yang teramat kontemporari dengan satu tahap keserbabolehan yang tidak tercabar dalam segmennya buat masa ini. Ianya lincah dan tangkas dalam lalulintas bandar, dan teramat tahan lasak di kawasan muka bumi yang agak kasar. Ini menjadikannya teman yang sesuai bagi pengembaraan penunggangan harian. Teramatlah kompak dan pada masa yang sama, selesa, motosikal GS ini membuka ruang ke pengalaman penunggangan yang baru di dalam segmennya. Oleh kerana keserbabolehan itulah motosikal BMW G310 GS ini unik dalam segmen tahap permulaan.

BMW G 310 GS

Tarikan utama motosikal BMW G 310 GS ini adalah enjin satu silinder, empat injap, DOHC, sejukan cecair, 313cc. Ciri yang paling menonjol pada enjin satu silinder BMW G 310 GS ini adalah silindernya yang telah disengetkan ke belakang dan bahagaian kepala silindernya yang diputarkan sebanyak 180 darjah: masukan di hadapan, keluaran di belakang. tatarajah ini mengikut logik yang campuran bekalan udara-bahanapi segar yang lurus dan meningkatkan kuasa dan juga mempunyai kesan positif dari segi reka bentuk motosikal ini. Menjana 34hp pada 9,500rpm dan 28Nm tork maksima pada 7,500rpm, enjin motosikal BMW G 310 GS yang baru ini adalah teman yang cocok bagi keseronokan penunggangan yang dinamik, beserta dengan berat tanpa muatannya pada tahap 196.5kg.

Dari segi suspensi, motosikal G 310 GS ini menggunakan ‘spaceframe‘ tiub keluli dengan bahagian belakang ‘bolt-on‘ yang menggabungkan keteguhan badannya dengan kualiti yang tegap. Oleh sebab keseimbangan kekarnya yang baik, ianya menjadi asas untuk kestabilan tunggangan yang hebat dan tindak balas pemanduan yang jitu. Suspensi hadapannya menggunakan fork terbalik, manakala penyerap hentakan belakangnya dipautkan terus kepada lengan ayun aluminiumnya.

Dengan dapra hadapan tinggi, ‘flyline‘ yang menonjol dan bahagian belakang yang pendek dan tinggi, motosikal G 310 GS ini mempamerkan elemen klasik model GS yang lebih besar. Ukurannya yang kompak beserta dengan jarak antara roda yang pendek, roda hadapan 19 inci dan ruang gerakan suspensi yang dipanjangkan menjadikannya sebuah tunggangan yang selesa di atas jalan raya yang penuh dengan cela. Motosikal G 310 GS ini juga direka untuk pasaran dunia, ianya sesuai dengan pelbagai kualiti bahanapi serta memenuhi ke semua piawaian emisi dan keperluan tempatan.

BMW G 310 GS ini didatangkan dalam tiga skema warna yang amat menonjol: Cosmic Black, Racing Red, dan Pearl White Metallic yang telah direka secara terperinci. Varian-varian ini menawarkan sebuah spektrum yang menjangkau dari ‘sporty‘ dan tegap hingga ke kontemporari.

BMW S 1000 XR baru. Motosikal Adventure Sport yang lebih diperhalusi.

Dengan pengenalan motosikal BMW S 1000 XR pada tahun 2015, BMW Motorrad telah menawarkan interpretasi terbaru mereka sendiri bagi rangkaian sport-touring, dengan menambah satu suntikan emosi yang berkuasa dalam rangkaian berkenaan.

Kini lebih berkuasa, motosikal S 1000 XR terbaru ini dilengkapi dengan enjin empat silinder selari yang mematuhi piawaian emisi EU4. Walau bagaimanapun pengurangan emisi tidak bermaksud pengurangan kuasa. Ia mampu menghasilkan 165hp pada 11,000rpm.

Motosikal XR terbaru ini menyaksikan penambahan 10kg dalam berat muatan maksima dan berat maksimum yang dibenarkan bagi meningkatkan lagi kebolehan mengangkut bagasinya. Elemen pengasingan yang lebih lembut pada palang pemegangnya sangat berkesan dalam mengurangkan gegaran yang mengalir ke tangan penunggang.

Motosikal S 1000 XR terbaru ini boleh didapati dalam skema warna baru, Ocean Blue Metallic Matte yang memberikan motosikal Adventure Sport-touring ini rupa paras tersendiri yang lebih halus.

Harga runcit (beserta GST, tanpa insurans) bagi model-model terbaru ini adalah seperti berikut:

BMW HP4 Race – RM520,900.00
BMW G 310 GS – RM29,900.00
BMW S 1000 XR – RM109,900.00

 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.