Rebutlah Peluang Untuk Memenangi Sebuah Kereta Audi A3 Dan Banyak Lagi Dengan Motonation.

 

  • Motonation baru sahaja mengumumkan bahawa yang mereka akan menghadiahkan sebuah kereta Audi A3 baru sebagai hadiah utama cabutan bertuah bagi karnival utama mereka yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017.
  • Karnival gaya hidup dan korporat automotif terbesar itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan memberikan hadiah yang bernilai RM350,00!
  • Setiap tiket berharga RM15 akan secara automatiknya menjadi penyertaan cabutan bertuah di mana anda boleh memenangi kereta Audi A3, Proton Iriz, motosikal Modenas, produk-produk Apple, dan bermacam-macam lagi hadiah!

 

Benar, tuan-tuan dan puan-puan. Karnival gaya hidup dan korporat automotif terbesar terbesar dianjurkan oleh Motonation dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan memberikan beberapa buah hadiah yang hebat sekali buat para pengunjung yang bertuah. Hadiah utamanya telah diumumkan semalam dalam bentuk sebuah kereta Audi A3 serba baru!

Dan ianya bukan sekadar sebuah Audi A3 yang biasa-biasa sahaja. Ianya sebuah Audi A3 yang teramat istimewa dibekalkan oleh Audi Setia Alam lengkap dengan alatan dan kit badan yang dikhususkan bernilai lebih daripada RM20,000 menjadikannya satu-satunya Audi A3 yang sebegitu di dalam Malaysia.

Bukan sahaja kereta Audi itu sahaja yang akan dihadiahkan, tuan-tuan dan puan-puan. Motonation akan menganjurkan pelbagai cabutan bertuah dan pertandingan yang menyaksikan mereka memberikan hadiah bernilai melebihi RM350,000 yang antaranya terdiri daripada Audi A3 baru, Proton Iriz, motosikal Modenas, produk-produk Apple, dan bermacam-macam lagi hadiah yang telah disediakan.

Ianya semestinya sebuah karnival yang anda tidak ingin ketinggalan. Selain daripada pelbagai pengeluar yang mengambil bahagian bagi memperagakan rangkaian motosikal, kereta, dan pelbagai barangan mereka, ianya satu perhimpunan yang mengumpulkan segala-gala yang berkaitan dengan industri permotoran yang akan berlangsung di PICC pada bulan Disember nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan tiket masuk berharga RM15 untuk satu hari (RM30 untuk pas tiga hari), anda akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti galeri menembak paintball, gelongsor air, “taxi drift taxi“, perlumbaan kereta kawalan radio, pensimulasi perlumbaan, lembu ‘rodeo‘, pengalaman alam maya (VR), konsert, makanan, dan pelbagai lagi keseronokan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arena buatan khas Malaysia juga turut perlu mengambil perhatian kepada acara utama yang dianjurkan oleh Motonation ini. Bagi ke semua pembina motosikal buatan khas negara, Motonation juga turut menganjurkan satu pertandingan motosikal buatan khas terbaik di Malaysia dan pemenangnya (serta motosikal mereka) akan memenangi perjalanan serta tiket penyertaan untuk “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018” yang akan diadakan di Cologne, Jerman, bersempena dengan pertunjukan INTERMOT.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

(PERHATIAN: Pendaftaran bagi pertandingan motosikal buatan khas ini hanya terhad untuk SEPULUH buah motosikal. Segeralah mendaftar sebelum 20 November 2017!)

Jadi, tunggu apa lagi? Layarilah https://motonation.sports360.my/ untuk mendapatkan tiket anda sekarang! Setiap tiket akan secara automatiknya memberikan anda satu penyertaan dalam cabutan bertuah itu. Nasihat kami? Dapatkan pas tiga hari dengan harga RM30 dan anda akan dapat tiga tiket penyertaan! Jumpa anda di sana pada bulan Disember nanti!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Motonation, layarilah laman sesawang rasmi mereka atau laman Facebook rasmi mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.