Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
- KMOG Borneo Ride 2017 memulakan Hari Ketiga.
- Kami menunggang dari Kundasang, melalui Ranau, ke Sepilok sebelum berhenti di Sandakan.
- Tempat-tempat menarik yang telah dilawati adalah seperti ladang Sabah Tea dan Pusat Pemulihan Orangutan.
Kundasang, 3 November 2017 – Hari Ketiga bagi KMOG Borneo Ride 2017 bermula dari Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa di Kundasang, menuju ke Sandakan. Tunggangan hari ini mengingatkan kami semula akan apakah yang dimaksudkan dengan “adventure riding”.
TEKAN SINI untuk Hari Pertama KTM Malaysia Owners Group (KMOG) Borneo Ride 2017, dan SINI untuk Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017.
https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/1803449019686075/
Seperti kebiasaannya, kami memulakan hari dengan sarapan ringkas tetapi mengenyangkan di hotel. Perbezaannya kali ini adalah udara sejuk dan segar pergunungan yang dapat kami nikmati pada pagi ini. Hampir ke semua ahli konvoi mengambil peluang ini untuk menghirup udaranya yang segar itu.
Kami tiba dalam kegelapan malam pada malam sebelumnya, jadi kami tidak berpeluang untuk menyaksikan pemandangan di sekelilingnya. Pada sebelah pagi itu, kami melihat sendiri keindahan alam di Kundasang. Hotel tempat penginapan kami terletak pada ketinggian bukit dan dikelilingi oleh pokok pain yang tinggi. Jauh di bawah, lembah yang subur serta beberapa buah rumah yang kecil berselerakan.
Di luar restoran tempat kami bersarapan, terdapat sebuah laluan yang menuju ke platform meninjau. Di sana, kami dapat melihat dengan jelas puncak Gunung Kinabalu yang tersergam dengan indah.
Ranau adalah tapak berlakunya gempa bumi dahsyat di Sabah pada tahun 2015 yang lalu, hanyalah sejauh 20km sahaja. Melihat pada sisi gunung itu, terdapatnya tompok-tompok batu berwarna cerah yang besar, bukti berlakunya tanah runtuh akibat gempa bumi berkenaan. Walaupun begitu, gunung itu tetap tampak cantik namun sayang sekali kami tidak dapat mendaki ke puncaknya sewaktu perjalanan ini.
Konvoi KMOG Borneo Ride 2017 bermula tepat pada jam 8.30 pagi, dengan marsyal-marsyal yang cekap memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Setelah keluar dari Kundasang sejauh beberapa kilometer, kami menyedari yang jalannya amat sempit, sama seperti jalan Gombak-Genting Sempah lama, tanpa kawasan tanah runtuhnya (dan penunggang basikal).
lalulintasnya agak lengang, kecuali untuk beberapa buah trak besar yang telah kami temui.
Namun begitu, keadaan jalan bertambah teruk semakin jauh kami menunggang. Banyak bahagiannya yang tidak sekata dengan pelbagai lubang dan turapan semula di atasnya. Mungkin sekali akibat gempa bumi berkenaan?
KTM Malaysia dengan berbesar hati meminjamkan motosikal 1290 Super Duke Gt untuk saya tunggangi sewaktu konvoi ini. Terdapat sebuah lagi motosikal GT yang dikemudi oleh Encik Kan dan kami memecut ke hadapan meninggalkan gerombolan tengah bagi menikmati selekoh jalan raya. Saya menghampiri sebuah selekoh dan berhadapan dengan satu seksyen yang lebih mirip kepada sebuah ‘double jump’ motocross! Saya menekan brek dengan keras dan ianya mengaktifkan sistem ABS, tetapi saya sudah terlalu dekat, jadi saya lepaskan brek dan pulas pendikitnya, kerana saya tidak mahu bahagian belakangnya terlompat dan memuntahkan saya ke atas jalan raya.
Motosikal itu terbang tetapi “zon pendaratan”-nya penuh dengan bekas-bekas tayar. Saya terlanggar salah satu daripada bekas tayar itu dan ianya menyebabkan saya tersasar ke pinggir bahu jalan. Saya pulas lagi pendikitnya dan motosikal itu kembali ke landasan yang betul.
https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/1803921026305541/
Saya telah aturkan mod penunggangannya ke mod STREET dan redaman bagi suspensi kawalan secara elektronik separa aktif WP ke COMFORT. Tetapi, dengan permukaan jalan raya yang begitu teruk, ianya telah menyebabkan motosikal saya untuk mendap di pertengahan selekoh. Menukarkannya ke STREET membantu sedikit, namun ianya terlampau keras untuk digunakan pada bahagian jalan raya yang teruk. Apabila saya menunggang melebihi 120km/j, ianya terasa lebih baik.
Saya berasa iri hati menyaksikan suspensi motosikal 1290 Adventure Duke T dan 1290 Super Adventure S (yang juga elektronik) meresap segala celaan dengan mudah. Sehinggakan ada beberapa orang penunggang yang boleh merehatkan sebelah tangan sewaktu menunggang.
Kami menunggang melewati pekan Ranau, tetapi tidak berkesempatan untuk menikmati pemandangan kerana khusyuk menumpukan perhatian pada jalan raya dan lalulintas.
Kami tiba di Restoran Sabah Tea Resort sejauh 36km itu tanpa sebarang insiden. Kami menikmati rasa sebenar teh Sabah yang dijerang segar.
Ianya amat sedap sekali. Aroma yang wangi dengan bau yang ketara serta jumlah keasidan yang tepat. Agak manis, agak masam, tetapi tidak pahit. Ditambah pula dengan pemandangan yang menakjubkan!
Kami menunggang semula menuruni bukit itu, yang jalannya bukan jalan yang biasa. Ianya jalan batu kerikil tidak berturap dengan batu-batu yang besar. Motosikal GT ini beraksi cemerlang sekali, tidak sekali pun terasa bagai ingin tergelincir tayarnya walaupun ianya lebih kepada sebuah ‘sport-tourer‘, yang memberi lebih penekanan pada elemen ‘sport‘-nya.
Dari situ kami terus menuju ke Sepilok.
Kami tiba di Banana Cafe tepat pada waktu makan tengah hari
Makanannya ringkas tetapi cukup sedap, dan dinikmati dengan layanan yang mesra. Pemilik restoran berkenaan turut menyajikan kepada kami “tart UFO”, istimewa hanya di Sandakan.
Dari situ, ianya satu tunggangan yang singkat ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok.
Fasiliti ini terletak di pinggiran Hutan Simpan Kabili-Sepilok, dan seperti namanya itu, ia menyelamatkan Orangutan dan memulihkannya semula untuk kehidupan di kawasan hutan liar.
Ianya dibuka untuk orang ramai sewaktu masa makannya. Orangutan di sini di beri makan dua kali sehari.
Fasiliti ini mempunyai laluan yang berada tinggi di atas tanah paya. Ianya menghala ke kawasan pemandangan utama, di mana Orangutan berkumpul untuk masa makannya.
Sesudah menyaksikan dan menikmati pemandangan itu, kami menunggang semula motosikal kami menuju ke hotel penginapan di Sandakan.
Kami di berikan beberapa jam untuk beristirehat sebelum kami menuju ke restoran stimbot popular, restoran stimbot Tai Lau.
“Makan Malam’ bagaikan istilah yang tidak cukup tepat di sini. Ianya satu kenduri 10 hidangan di mana KMOG telah memesan hidangan pelbagai makanan yang terdiri daripada ikan kukus, sotong, lala, sayur tumis, ayam kung pow, sayur goreng kilas, udang, ketam masak telur masin dan buah-buahan sebagai pencuci mulut!
Dengan perut yang kenyang, tiba masanya untuk mengisi semula motosikal kami untuk perjalanan panjang esok. Hentian terakhir adalah Keningau, namun daripada menunggang menggunakan laluan yang sama, kami akan menunggang ke selatan menuju Tawau, sebelum ke barat, merentasi Banjaran Crocker. Sudah pasti ianya bahagian paling epik dalam konvoi KMOG Borneo Ride 2017 ini
GALERI GAMBAR