KMOG Borneo Ride 2017 (Hari Pertama)

 
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Kota Kinabalu, Sabah, 1 November 2017 – KMOG (KTM Malaysia Owners Group) Borneo Ride 2017 bermula semalam.
  • Tunggangan ini akan bermula Kota Kinabalu, Sabah, menuju ke Kuching, Sarawak dalam masa sepuluh hari.
  • KMOG Borneo Ride 2017 ini akan menguji kebolehan dan reliabiliti motosikal adventure KTM.


Kami pernah membuat laporan mengenai KTM Malaysia Owners Group (KMOG) Defensive Riding Program (DRP) Vol. 2 pada bulan Ogos yang lalu (TEKAN SINI untuk Hari Pertama, dan TEKAN SINI untuk Hari Kedua). Objektif program ini adalah untuk menunjukkan kebolehan jentera mereka; dan untuk berasa selesa dengan kebolehan berkenaan.

Kemuncak objektif DRP berkenaan adalah untuk menyediakan para peserta bagi acara yang epik ini: KMOG Borneo Ride 2017.

KMOG sentiasa aktif dalam menganjurkan tunggangan ke pelbagai lokasi eksotik, termasuklah Kemboja, Laos, Phuket, dan pelbagai lagi lokasi menarik yang lain. Untuk tahun ini, mereka memutuskan untuk ke Kepulauan Borneo.

KMOG Borneo Ride 2017 ini akan memberikan demonstrasi penuh kebolehan serta reliabiliti motosikal adventure KTM sewaktu konvoi ini merentasi segala jenis jalan yang ada, termasuklah beberapa bahagian jalan yang tidak berturap.

Rancangan mereka adalah untuk memulakan tunggangan mereka dari Kota Kinabalu dan menuju ke Kuching, Sarawak. Namun, ianya bukanlah satu penunggangan yang hanya terus ke destinasinya.

Penunggangan ini akan bermula dengan menuju ke utara ke “Tip of Borneo”, sebelum berpatah balik ke selatan dan kemudiannya timur ke Sandakan, ke selatan menuju Tawau, ke barat semula untuk ke Keningau, dan ke Labuan untuk berehat selama satu hari, satu malam.

Konvoi akan bersambung semula pada Hari 7, menunggang menyusuri bahagian timur Brunei dan memasuki semula negara itu untuk hentian di Bandar Seri Begawan. Dari situ, mereka akan menunggang di sepanjang jalan raya persisiran pantai ke Miri dan Bintulu, terus ke Sibu dan akhirnya ke Kuching pada 10 November.

KMOG Borneo Ride 2017 akan merentasi jarak sejauh 2,613 kilometer, sepanjang 10 hari.

Para peserta akan menunggang merentasi pelbagai pemandangan yang indah serta tapak-tapak bersejarah, termasuklah Sepilok Orang Utan Sanctuary, dan merentasi Banjaran Crocker.

Hari 1 (1 November 2017) dianggap hari beristirehat sementara penganjur menantikan ketibaan para peserta dan tetamu. KMOG juga menantikan ketibaan motosikal-motosikal para pemilik di perlabuhan, yang telah dihantar melalui kapal dari Semenanjung.

Keadaan cuaca di Kota Kinabalu pada minggu lalu adalah panas terik, Namun, sebaik sahaja kami tiba di sana, ianya bertukar menjadi hujan lebat.

Oleh kerana itu, ianya tidak selamat bagi kapal pengangkut untuk memasuki perlabuhan, dan ini mengucar-kacirkan rancangan penganjur untuk mendapatkan motosikal yang di bawa.

Namun begitu, kami masih akan melawat ‘Tip of Borneo’ esok, dan akan meneruskan perjalanan selepas itu.

Majlis makan malam menyambut kedatangan para peserta telah diadakan, di mana para ahli jawatankuasa KMOG, wakil dari KTM Asia Pasifik dan KTM Malaysia telah memberi taklimat kepada para peserta mengenai aturcara bagi KMOG Borneo Ride 2017.

Terdapat sejumlah 40 buah motosikal dengan 45 orang peserta yang menyertai konvoi kali ini.


GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]