- Motonation 2017 telah menandatangani satu kerjasama dengan program TERAJU SUPERB untuk menganjurkan pertandingan SUPERB Walk-In Bizpitch @ Motonation 2017.
- Sejumlah RM3 juta akan di bahagikan kepada beberapa para pemilik perniagaan terpilih dalam industri permotoran bagi membantu mereka yang sedang meningkat naik dalam industri automotif untuk berkembang menjadi perniagaan yang berjaya.
- Pemilihan usul perniagaan secara jumpa terus ini akan bermula pada hujung minggu ini semasa Motoring Art Festival (26 Ogos 2017) dan ianya akan berterusan sepanjang tempoh jelajah berkenaan di enam lokasi yang berbeza.
Motonation 2017 (Procara Entertainment Sdn. Bhd.) bersama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan bekerjasama dalam menganjurkan pertandingan SUPERB Walk-In Bizpitch @ Motonation 2017.
Kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan menyaksikan pihak penganjur acara membantu dalam mencungkil bakat Bumiputera muda dengan memberikan biayaan berjumlah RM3 juta kepada beberapa orang pemenang dengan model perniagaan automotif paling menarik daripada TERAJU SUPERB.
Orang persendirian serta pemilik perniagaan berusia di antara 18-40 tahun layak untuk menyertai program pengusulan perniagaan ini di mana pemilihan akan berjalan sepanjang jelajah Motonation bermula pad hujung minggu ini di Motoring Art Festival pada 26 Ogos 2017 di Balai Seni Negara.
Acara ini terbuka kepada orang ramai di mana festival ini akan menonjolkan industri-industri seni automotif seperti airbrush, pembikinan keluli, pengecatan dan seni automotif, pertandingan graffiti, pertandingan ‘auto salon’, pertunjukan kenderaan moden serta klasik dan pelbagai lagi.
Pada upacara tandatangan rasminya semalam, ianya telah dinyatakan yang “SUPERB Walk-In Bizpitch @ Motonation 2017 akan mempunyai satu tema utama menyeru kepada idea yang kreatif serta inovatif berkaitan dengan sektor automotif yang menjangkaui segalanya dari bengkel automotif, perincian kenderaan, penalaan dan pengubahsuaian kenderaan, ciptaan baru, teknologi pengeluaran, perkhidmatan bantuan berkaitan, metodologi (perkaedahan) perkhidmatan kenderaan, sebagainya”.
30 orang finalis akan dipilih bagi menyertai pemilihan terakhir dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semasa carnival besar-besaran Motonation.
SUPERB yang merupakan singkatan bagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Bumiputera Entreprenuers Startup Scheme) merupakan satu program biayaan yang dianjurkan bagi membantu mereka yang semakin meningkat tinggi dalam industri automotif dengan menolong serta memupuk mereka berkembang untuk mencapai potensi penuh mereka dengan harapan menjadikan perniagaan mereka perniagaan yang berjaya.
Program yang di bawah seliaan TERAJU ini memulakan usaha mereka semenjak 2014 melalui “penyertaan ekonomik Bumiputera yang mampan, kukuh, serta bermakna.” Setakat ini, lebih daripada RM60 juta telah diagihkan untuk membantu 125 usahawan muda bagi meningkatkan lagi rancangan perniagaan mereka di dalam pasaran yang senantiasa membangun dan berdaya saing ini.
Kerjasama dengan Motonation telah dimeterai semalam dengan harapan yang bakat-bakat ini akan dicungkil melalui karnival gaya hidup dan automotif pertama Malaysia yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai karnival gaya hidup dan automotif Motonation, TEKAN SINI.
Untuk maklumat lanjut, layarilah laman sesawang rasmi Motonation atau laman Facebook mereka. Selain itu, anda juga dapat mengunjungi laman sesawang rasmi TERAJU atau laman Facebook mereka bagi mendapat maklumat lanjut mengenai program kerjasama ini.