Jelajah Motonation Edisi 2 Kini Kembali! 26 Ogos 2017 Di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur

 

 

  • Jelajah Motonation Edisi 2 telah kembali dan akan bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pad 26 Ogos 2017.
  • Diberi nama Motonation “Motoring Art Festival”, para penggemar permotoran dan seluruh ahli keluarga dapat hadir dan luangkan hari mereka di samping kenderaan yang hebat, muzik serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan.
  • Jelajah Motonation ini akan mengelilingi Malaysia bagi mempromosikan acara utamanya yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tandailah calendar anda! Jelajah Motonation Edisi 2 yang telah dinamakan “Motoring Art Festival 2017” telah pun tiba di bandaraya Kuala Lumpur dalam minggu ini dan ianya semestinya satu acara yang hebat! Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka, Jelajah Motonation akan membuat hentian mereka yang berikutnya di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2017 (hari Sabtu).

Bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, terdapat pelbagai hiburan yang telah disediakan bagi para penggemar permotoran semua. Berita yang lebih baik lagi, anda dapat kunjunginya bersama-sama dengan keluarga bagi masa riang bersama dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sukaria yang telah disediakan. Peminat muzik juga bakal didendangkan dengan muzik dari legenda ‘indie’ tempatan, OAG.

Terdapat juga cabutan bertuah, hadiah-hadiah, pertandingan graffiti, peragaan kenderaan klasik dan juga moden serta berbagai lagi hiburan!

https://www.facebook.com/terajuofficialpage/videos/1025609400908860/

Bagi mempromosikan acara utamanya pada bulan Disember nanti, Motonation akan menjelajah ke seluruh negara yang telah pun bermula di Kota Bharu yang menjadi hentian pertama mereka. Lebih daripada 350 buah kereta dan 25 buah motosikal telah turut serta dalam acara berkenaan dan memenuhi kawasan tempat letak kereta Tesco Kota Bharu di mana ianya diadakan.

Selain daripada peragaan kereta dan motosikal, terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna bersempena dengan bulan Hari Kemerdekaan yang baru sahaja bermula, beserta dengan pertunjukan secara langsung dari kumpulan dikir barat dan busker pada sebelah malamnya. Ke semua pertunjukan secara langsung mengambil tempat di atas sebuah ‘Transformer Truck’ 40-kaki yang juga merupakan pentas utama di sepanjang acara itu.

Bagi mereka yang masih belum mengenali nama Motonation perlu tahu bahawa mereka sedang meningkat sebagai salah sebuah penggerak industry permotoran terbesar di Malaysia. Dengan rancangan untuk menganjurkan salah sebuah acara automotif terbesar di dalam Malaysia, mereka akan memenuhi keperluan platform ‘Business to Business’ (B2B) serta ‘Business to Consumer’ (B2C).

Acara besar-besaran Motonation ini akan diadakan selama 3 hari dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang merupakan rakan tempat rasmi. Kesemua hadirin serta peserta akan memenuhi kedua-dua ruangan dalaman serta luaran.

Karnival ini yang dikatakan akan menjadi acara terbesar di Malaysia dijangkakan akan menjadi hab pengacaraan besar-besaran bagi pelbagai pihak seperti pengeluar kereta dan motosikal moden, pembekal alatan aksesori automotif, pembekal perkhidmatan serta bantuan (cukai jalan, RoadAssist, dan lain-lain.) pembekal peralatan bengkel, spa pembekal kosmetik kenderaan, seperti pembekal tinta dan ‘wrap’, dan juga pembekal bahan mentah.

Sebagai bonus tambahan, Motonation akan menjadi tuan rumah bagi pelbagai sektor berlainan seperti pendidikan, perbankan dan insurans termasuklah badan kerajaan dan kementerian yang terlibat.

Selain daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam rantaian automotif, Motonation 2017 akan disertai oleh pemilik garaj persendirian, kelab persembahan (drift, drag, perlumbaan), pelbagai kelab-kelab motosikal serta kereta, syarikat kejuruteraan bersama dengan koleksi kenderaan yang menakjubkan dari para pengumpul, VIP dan juga kerabat diraja.

Ruangan luaran pula akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan dibuka dari jam 10 pagi hingga tengah malam. Program-program termasuk konsert dan juga persembahan pentas, taman permainan kanak-kanak ‘inflatable’, Go-Kart untuk kanak-kanak, memanjat dinding, pengalaman teksi ‘drift’ oleh ‘drifter’ professional, lagak ngeri motosikal dan perlumbaan kereta RC, pertunjukan motocross, pengalaman alam maya, trak makanan dan sebagainya.

Jika anda telah terlepas segala keriangan dan keseronokan di Kota Bharu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengunjungi jelajah Motonation yang berikutnya pada 26 Ogos 2017 ini di Balai Seni Negara. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jelajah Motonation ini atau acara utamanya yang akan berlangsung pada bulan Disember nanti, layarilah www.motonation.com.my atau Laman Facebook Rasmi Motonation.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]