Rd 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016: Kasma Sambut Kemenangan Kali Keempat Di Teluk Intan

CP130 Kasma Daniel 1

CP130 Kasma Daniel

CP130

Setelah lebih 2 bulan sejak perlumbaan yang lepas di Pasir Mas, Kelantan, Kasma Daniel Kasmayudin sekali lagi telah menyambut kemenangan di Teluk Intan untuk kali keempat musim ini, semalam.

Aksi dominan Kasma terserlah dari sesi pertama sehingga perlumbaan akhir dimana pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor tersebut bermula dari petak pertama itu berjaya menamatkan 18 pusingan keseluruhan dengan masa 16’04.642s, 8.115s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’12.757s. Adik Fazli, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan AHM Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16’15.894s. 

CP130 Kasma & Fazli

CP130 Kasma & Fazli

“Saya berada di kedudukan terbaik untuk memenangi perlumbaan, jadi saya hanya kekal fokus di sepanjang perlumbaan dan cuba menjarakkan diri dari Fazli yang berada di belakang. Kemenangan hatrik dan keempat pada musim ini membantu saya untuk naik ke tangga teratas keseluruhan namun bukan jaminan untuk saya memenangi gelaran musim ini. Ahmad Fazli hanya dua mata di belakang dan saingan musim ini juga masih panjang,” jelas Kasma.

Dengan kemenangan ini, Kasma Daniel juga Berjaya merampas kedudukan pertama dengan 100 mata dalam kedudukan keseluruhan  dari ahli pasukan beliau, Ahmad Fazli Sham, yang jatuh ke tempat kedua dengan 98 mata dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 52 mata.

CP115 Md Syafiq Rosli

CP115 Md Syafiq Rosli

CP115

Dalam kelas CP115, Md Syafiq Rosli meraih kemenangan pertamanya pada musim ini dalam pertembungan sengit bersama pelumba tangga tertinggi, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).


Walau diserang cabaran hebat dari Tengku Amirul,  pelumba M-Seki Liberty Honda itu berjaya melepasi garisan penamat dalam 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’55.485s manakala Tengku Amirul ketinggalan 6.7s di belakang untuk berada di kedudukan kedua. Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di kedudukan ketiga dengan masa 14’02.418s.

Perlumbaan sengit juga dapat dilihat antara Tengku Amirul dan juga Md Akid Aziz dimana mereka hampir terbabas di pertengahan perlumbaan ketika mencuba untuk bertukar posisi di selekoh pertama. Namun, kedua-dua pelumba berjaya mengawal jentera masing-masing dalam keadaan cemas tersebut dan dapat meneruskan perlumbaan.

Tengku Amirul masih mendahului kedudukan pertama mata kesuluruhan dengan 90 mata diikuti Akid kedua, 61 mata dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 60 mata.

WIRA Md Helmi Azman

WIRA Md Helmi Azman

WIRA

Dalam saingan kelas Wira, Md Helmi Azman dari IUGB AFB Tech Racing juga turut meraih kemenangan pertama dengan catatan masa 11’16.566s diikuti Md Amirul Arif Ramlee (PETRONAS Yamaha) kedua, 11’22.066s diikuti Md Afizi Supaaat (Persendirian) ketiga, 11’32.148s.

Malang sekali bagi pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Shafiq Ezzariq tidak dapat mengekalkan rekod kemenangan sempurna beliau dengan hanya dapat meraih tempat keempat di Teluk Intan. Ini juga adalah kali pertama Md Shafiq tidak mendapat kedudukan podium musim ini.

Secara keseluruhan, pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Shafiq Ezzariq mendahului kedudukan keseluruhan dengan 113 mata diikuti oleh Helmi di tempat kedua dengan 78 mata dan Amirul di tempat ketiga dengan 52 mata.

Keputusan:

CP130 (18 pusingan)

Perlumbaan akhir:

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16’04.642s
  2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 16’12.757s
  3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 16’15.894s
  4. Norizman Ismail (SGR) Honda 16’16.799s
  5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’18.242s

Kedudukan keseluruhan:

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 100 mata
  2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata
  3. Norizman Ismail (SGR) Honda 52 mata
  4. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 51 mata
  5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 47 mata

 

CP115 (15 pusingan)

Perlumbaan akhir:

  1. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 13’55.486s
  2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 14’02.227s
  3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 14’02.418s
  4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 14’04.444s
  5. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 14’07.920s

Kedudukan keseluruhan:

  1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata
  2. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 61 mata
  3. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 60 mata
  4. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata
  5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 50 mata

 

WIRA (12 pusingan)

Perlumbaan akhir:

  1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11’16.566s
  2. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 11’22.066s
  3. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 11’32.148s
  4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11’35.635s
  5. Md Yusri Md Salehan (SGR) Yamaha 11’41.652s

Kedudukan keseluruhan:

  1. 4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 113 mata
  2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 78 mata
  3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 52 mata
  4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 47 mata
  5. Mq Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 47 mata

Sumber: Sep Irran

Leave a Reply