VIDEO Usikan Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dilancarkan!

 

Triumph telah melancarkan satu video usikan pendek yang menandakan pelancaran yang akan datang bagi Triumph Bonneville Speedmaster 2018 pada 3 Oktober 2017.
Pengeluar motosikal premium British itu memilih untuk menghidupkan semula model Speedmaster yang pada mulanya dilancarkan pada tahun 2002.
Kami menganggap yang model Speedmaster terbaru ini akan menggunakan enjin terbaru 1,200cc mirip motosikal Thruxton dan Bobber.

Continue reading “VIDEO Usikan Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dilancarkan!”

Prototaip Enjin Triumph untuk Moto2 dipersembahkan untuk pengujian

Triumph Motorcycles, jenama motosikal British, yang semakin meningkat naik kini hadir mempersembahkan prototaip enjin Moto2 yang akan digunakan pada musim 2019.

Triumph Motorcycles mengambil alih dari jenama Jepun, Honda, sebagai enjin pilihan dengan membekalkan enjin berkapasiti 765cc yang diasaskan dari 2017 Street Triple yang telah direka semula untuk bernafas dengan lebih bebas dan mengeluarkan lebih kuasa disamping ketahanan untuk perlumbaan.   Continue reading “Prototaip Enjin Triumph untuk Moto2 dipersembahkan untuk pengujian”

Tunggangan Media  Model Triumph Street Triple 2018

 

Artikel oleh : Wahid Ooi Abdullah

  • Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan rangkaian Triumph Street Triple 2018.
  • Tiga buah model Street Triple – S, R dan RS ini disasarkan bagi para penunggang dengan keinginan yang tertentu.
  • Rangkaian Street Triple terbaru ini dijana oleh enjin 765cc yang baru – asas bagi enjin yang akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula tahun 2019.

Continue reading “Tunggangan Media  Model Triumph Street Triple 2018”

Triumph Motorcycles Malaysia Dengan Rasminya Melancarkan 3 Varian Terbaru Street Triple Bagi 2018!

  • Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.), pengedar rasmi Triumph di Malaysia, telah melancarkn tiga varian Triumph Street Triple terbaru; Street Triple S, Street Triple R, dan Street Triple RS.
  • Menggunakan enjin DOHC, 12-injap, sejukan cecair,tiga silinder 765cc yang diilhamkan dari enjin 675cc mereka yang digemari ramai.
  • Triumph Motorcycles Malaysia telah meletakkan harga bagi rangkaian Street Triple terbaru ini bermula dari RM52,900 (harga asas beserta GST).

Continue reading “Triumph Motorcycles Malaysia Dengan Rasminya Melancarkan 3 Varian Terbaru Street Triple Bagi 2018!”

Kerjasama Triumph Bajaj Diumumkan Bagi Menakluki Segmen Motosikal Middleweight

  • Satu berita menarik telah tersebar hari ini mengenai pengumuman kerjasama antara Triumph dan Bajaj.
  • Usaha sama yang baru dimeterai diharap dan menghasilkan dan membekalkan pasaran motosikal semasa dengan rangkaian ‘motosikal middleweight yang menonjol’.
  • Dua jenama ikonik itu berharap dapat menembusi lebih banyak pasaran di seluruh dunia dengan mencipta nama mereka dan memberikan nafas yang baru pada segmen middleweight yang sedang merudum.

Continue reading “Kerjasama Triumph Bajaj Diumumkan Bagi Menakluki Segmen Motosikal Middleweight”

Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS

  • Pendahulu kejohanan Moto3 semasa Joan Mir akan berpindah ke Moto2 pada tahun 2018 untuk berlumba bagi pasuka EG 0,0 Marc VDS.
  • Mir dan pasukan Moto2 terbarunya itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun untuk berlumba dari tahun 2018 hingga 2020 dalam kategori Moto2.
  • Joan Mir dan pasukan Moto3 semasanya, Leopard Racing, sedang mendahului kejohanan dengan tiga kemenangan perlumbaan dan dua penamat atas podium dalam tujuh pusingan yang lalu.

Continue reading “Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS”

Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2

Motosikal perlumbaan Triumph Daytona 675 TT tunggangan Gary Johnson. Pembayang tentang rupa jentera yang bakal dibekalkan oleh Triumph untuk Moto2

Sejak beberapa bulan yang lalu, telah tersebarnya khabar angin satu khabar angin di dalam industri permotosikalan, dan sesetengah pengedar telah pun sedia mengetahui akan hal ini sejak mula lagi, dan kini, ianya telah pun disahkan secara rasmi – Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif untuk Kejohanan Dunia Moto2 FIM bermula 2019.

Continue reading “Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2”

Promosi Raya Triumph Motorcycles Malaysia “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS”

  • Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn Bhd) kini sedang menjalankan promosi Raya “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS”.
  • Para pelanggan boleh menikmati penjimatan hebat dalam bentuk rebat tunai, kredit kedai dan beberapa hadiah percuma apabila mereka membeli motosikal Triumph pilihan mereka.
  • Terdapat 21 model keseluruhannya yang ditawarkan untuk pilihan para pelanggan dari Triumph Speed Triple terbaru hinggalah ke Bonneville.

Continue reading “Promosi Raya Triumph Motorcycles Malaysia “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS””

Triumph Try Day – Pandu Uji Motosikal Triumph Idaman Anda!

  • Triumph Fast Bikes Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara istimewa, “Triumph Try Day” pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017) dari jam 9pagi hingga 5petang.
  • Acara Triumph Try Day ini adalah peluang keemasan bagi para penggemar dan peminat Triumph untuk mencuba semua motosikal keluaran mereka
    termasuklah model-model terbaru 2017.
  • Makanan dan minuman ringan akan disediakan dan bagi mereka yang memandu uji motosikal pada hari Sabtu nanti akan berpeluang memenangi hadiah misteri.

Continue reading “Triumph Try Day – Pandu Uji Motosikal Triumph Idaman Anda!”