Kerjasama di antara Bajaj Auto Limited dan jenama motosikal Britain, Triumph Motorcycles semakin direalisasikan sekaligus bakal menyaksikan jentera Triumph dengan enjin bersaiz kecil akan dihasilkan. Kedua-dua nama besar ini mengumumkan jalinan kerjasama mereka pada Ogos 2017 namun baru-baru ini Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma, telah pun mengesahkan bahawa perbincangan dua belah pihak telah pun…
Tag: triumph
Tatkala jenama motosikal lain sibuk beralih kepada penghasilan motosikal elektrik, Triumph masih kekal dengan jentera konvensional. Bagaimanapun, segalanya bakal berubah apabila pengeluar motosikal British itu kini sedang giat membangunkan jentera elektrik pertama mereka. Triumph telah pun memberi bayangan mengenai projek baharu mereka awal tahun ini dengan menghantar beberapa soalan kaji selidik kepada pelanggannya bagi melihat…
Motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville adalah satu contoh yang baik gabungan fesyen dan permotosikalan. Berluti merupakan sebuah jenama di bawah Louis Vuitton. Panel badannya diperbuat daripada gentian karbon dan enjinnya dikekalkan standard.
Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini. Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan. Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Ernie Vigil akan berlumba menggunakan motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally. Dia telah mengalami kecederaan sebelum perlumbaan Baja 1000 Rally dan niat untuk perlumbaan terpaksa dilupakan. Rangkaian motosikal Triumph Scrambler 1200 adalah motosikal scrambler yang paling sedia ‘off-road’.
Minggu lalu, Triumph Amerika Syarikat telah mengarahkan lebih 12,000 unit motosikal mereka dipanggil semula susulan masalah pendawaian, kali ini pengeluar motosikal Britain itu bertindak memanggil lebih 1,000 unit di India susulan masalah sama. Di India, Triumph menggesa pemilik model Bonneville T100 dan T120, Street Twin dan Street Scrambler untuk membawa motosikal mereka menjalani pemeriksaan bagi…
Baru-baru ini Kawasaki dan KTM di Amerika Syarikat telah memanggil semula beberapa ribu unit mereka ekoran berlakunya beberapa masalah ketika proses pemasangan namun kali ini Triumph Motorcycles turut tidak terlepas daripada melakukan tindakan sama. Triumph telah memanggil semula lebih 12,000 unit susulan kesilapan pemasangan yang menyebabkan klac kabel menyentuh pendawaian lalu mengganggu sistem elektrik motosikal….
Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian. Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu. Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.
Model Triumph Thruxton R TFC adalah sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom. Berdasarkan namanya itu, ianya merupakan model pengeluaran terhad mewah utama. Hanya 750 unit yang akan dibina.