MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018

 

  • Penunggang pasukan pengilang Aprilia MotoGP semasa, Sam Lowes, dikatakan telah menandatangani kontrak yang bakal menyaksikan kemunculan semulanya di kelas pertengahan Moto2 bagi 2018.
  • Lowes akan berlumba bagi pasukan CarXpert Interwetten Moto2 setelah mencapai kata sepakat sewaktu GP British pada hujung minggu lalu.
  • Penunggang semasa bagi pasukan CarXpert Interwetten, Thomas Luthi, akan berhijrah ke kelas MotoGP pada tahun akan datang bagi menyertai pasukan Marc VDS bersama dengan Franco Morbidelli.

Continue reading “MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018”

Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 

  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

Continue reading “Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!”

Enjin Ducati MotoGP Baru Sedang Dibangunkan

 

  • Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) telah diberikan satu peluang untuk mengemudi jentera Desmosedici GP17 terbaru dan pada masa yang sama
    membantu membangunkan enjin MotoGP Ducati yang baru.
  • Tiada butiran tepat yang diberikan tentang enjin baru ini namun Petrucci mengatakan bahawa enjin ini akan diberikan kembali kepada pasukan pengilang sesudah mereka menjalankan kesemua ujian.
  • Petrucci juga mengatakan bahawa enjin ini mempunyai kuasa yang agak sama seperti enjin GP17 yang semasa tetapi dengan beberapa bahagian yang berlainan: berkemungkinan sekali pada pendikit, ekzosnya dan lain-lain.

Continue reading “Enjin Ducati MotoGP Baru Sedang Dibangunkan”