WorldSBK 2020: Aruba.IT Ducati Sedia Ranapkan Dominasi Kawasaki

Advertisements

Scott Redding dan Chaz Davies akan memulakan kempen Kejuaraan Superbike Dunia (SBK) 2020 bulan ini di Litar Phillip Island.

Kedua-dua pelumba itu didedahkan secara rasmi ketika pelancaran pasukan Aruba.IT Ducati di Imola.

Redding dan Davies akan beraksi di SBK 2020 menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R 2020 yang dikhabarkan mampu menenggelamkan dominasi Kawasaki dan tonggak mereka, Jonathan Rea.

“Bulan lalu kami tidak henti-henti membangunkan Panigale V4 R ini kerana selepas prestasi musim lalu, kejuaraan musim ini dijangka lebih sengit. Sasaran kami musim ini adalah menjadi juara.

“Saya yakin kami mempunyai resepi terbaik – menerusi Redding dan Davies – untuk melakukannya,” jelas Pengarah Urusan Ducati Corse, Luigi Dall’lgna.

Redding merupakan taruhan baharu Ducati selepas muncul juara Kejuaraan Superbike British (BSB) tahun lalu, menggantikan Alvaro Bautista.

“Saya sangat teruja dengan pengembaraan terbaru ini. Penting untuk kami melakar keputusan baik di peringkat pertama perlumbaan. Misi kami adalah untuk merekodkan kemenangan seawal mungkin.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian kami ketika sesi ujian,” jelas Redding.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.