2016 Naza N5R 250 – 28PS, 24.17Nm, RM13,888(asas tidak termasuk GST)

2016-Naza-N5R-003

Naza N5R berkapasiti 249cc dengan kuasa 28PS @ 9,500RPM kini sedia beraksi di jalan raya setelah ramai menunggunya sejak dari Jun lagi. Naza N5R merupakan model sukan dari model jalanan iaitu Naza N5 yang telah diperkenalkan pada 19 Mei 2014. Model 250cc dari merupakan satu tambahan kepada segmen 250cc pada kategori mudah dimiliki (murah).

2016-Naza-N5R-004

Perubahan yang dapat dilihat berbanding dengan N5 versi jalanan adalah penggunaan lampu berkembar pada hadapan dan litupan penuh reraup pada rangkanya. Saya melihat rekaan Naza N5R sangat berkesan dan sebenarnya sangat cantik. Tetapi perlu diingat, rupa bukanlah segala-galanya, perlu diambil kira juga budi pekertinya… 

2016-Naza-N5R-015

Selain dari perubahan pada aspek visual, Naza N5R ditambah baik dengan rangka ringan berprestasi tinggi untuk memberikannya karakter ‘Sukan Sebenar’ (True Sport). Satu lagi ciri yang diberikan kepada Naza N5R ini adalah satu tambahan yang menarik iaitu posisi tunggangan yang boleh diubahsuai.

2016-Naza-N5R-010


Tempat duduk boleh diubahsuai tingginya dalam 20mm, bar pemegang boleh diubahsuai tingginya dalam 30mm dan penahan kaki (footpeg) boleh ditolak dalam 30mm.

2016-Naza-N5R-011

Maksudnya, jika anda ingin menunggang dengan cara tunggangan penuh gaya sukan, maka tinggikan tempat duduk 20mm, rendahkan bar pemegang 30mm dan tolak penahan kaki ke belakang 30mm. Namun, jika anda ingin menunggang di jalan bandar penuh trafik, maka ubah saja semua secara terbalik.

2016-Naza-N5R-006

Enjin Naza N5R masih lagi secara mekanikalnya merupakan enjin yang sama dengan model Naza N5 versi jalanan. Enjin ini berkapasiti 249cc dengan kuasa maksima 28PS @ 9,500RPM dan daya kilas 24.17Nm @ 7,000RPM. Tenaga ini disalurkan kepada kotak gear enam kelajuan.

2016-Naza-N5R-013

Fork depan terbalik masih dikekalkan dengan lengan ayun berkembar pada bahagian belakang. Brek hadapan bersaiz 300mm dengan kaliper 4-piston, manakala brek belakang 230mm dengan kaliper 2-piston.

2016-Naza-N5R-launch-001

Berat keseluruhan hanya 143kg.

Harga 2016 Naza N5R ini adalah RM13,888 (asas tidak termasuk GST)

Leave a Reply