Naza N5 R versi reraup penuh akan hadir selepas Raya?

Naza-N5-R-Malaysia

Naza Bikes nampaknya sedang menyiapkan model versi reraup penuh untuk model 250cc mereka iaitu N5 R. Ini adalah bertepatan dengan trend masa kini dimana setiap motor 250cc akan mempunyai dua versi iaitu versi jalanan dan reraup penuh. Contoh terbaik mengenai perkara ini adalah Kawasaki Ninja 250SL dengan Z250SL, kedua-duanya model 250cc tetapi diubahsuai sedikit agar dapat menepati kegunaan penunggang yang berbeza-beza.  

Naza-N5-R-Malaysia-001

Model versi jalanan biasanya mempunyai tempat duduk dan bar pemegang yang lebih tinggi untuk memudahkan navigasi dalam perjalanan yang dekat dan penuh trafik. Manakala versi reraup penuh lebih sesuai perjalanan lebih jauh dengan kelajuan yang konsisten.

Jika dibandingkan dengan model jalanan iaitu Naza N5, harganya adalah RM13,988 (atas jalan), mungkin versi reraup penuh ini lebih mahal sedikit mengikut trend harga pasaran.

KEMASKINI: Dua lagi gambar diterbitkan!

naza-n5r-lampu


naza-n5r-lampu lampudepan-naza-n5r

Sumber: Naza Bikes

154 Comments

Leave a Reply