ChatGPT Pilih Yamaha Y15ZR Motosikal Terbaik Untuk Dibeli Di Malaysia

ChatGPT merupakan model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan yang membangun dan mempromosikan kecerdasan buatan (AI) yang maju dengan cara yang selamat dan memberi manfaat kepada umum.  Dalam bahasa mudah, ChatGPT boleh memproses apa sahaja maklumat yang diusul atau ditanyakan dan kemudiannya menghasilkan jawapan dalam bentuk yang anda mahukan.  Untuk itu, kami tanya…

Pemilik Yamaha Y15ZR Dengan Nombor Plat ‘Janda’ Ditahan Di Sibu

Seorang remaja lelaki telah ditahan polis Sibu gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran ‘JANDA’ pada motosikal jenis Yamaha Y15ZR miliknya. Remaja tersebut telah ditahan anggota peronda Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sibu. Menurut laporan, remaja tersebut ditahan di Lorong Lanang 4, Sibu kerana kelihatan mencurigakan sebelum didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu. Penggunaan nombor pendaftaran palsu…

Imam Muda Lengkap Berjubah Ditahan Beraksi ‘Superman’, YSuku Disita

Polis telah menahan lapan individu dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu. Lapan individu terbabit berusia seawal 14 tahun hingga 24 tahun dengan masing-masing dikesan menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘superman’. Antara yang ditahan termasuk seorang imam muda sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang yang berusia 20…

Redah 200KM Dengan YSuku Tanpa Lesen, Hasrat Jumpa Tunang Tergendala

Hajat seorang lelaki yang bertindak menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) sejauh 200km untuk berjumpa dengan tunangnya tidak kesampaian apabila disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka. Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut yang bekerja sebagai mekanik ditahan ketika operasi bersepadu di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ). Mekanik berusia 22 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan dari…

“Perkara Menyalahi Undang-Undang Tak Perlu Kongsi Pada Umum”

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Mohd Zawawi terhadap selebriti atau artis yang gemar menayangkan aktiviti modifikasi motosikal kepada orang ramai menerusi laman sosial dan YouTube.  “Artis atau selebriti kena ingat, apa yang mereka lakukan akan menjadi ikutan,” tambahnya. Menurut laporan Harian Metro, Datuk Ismail menyifatkan tindakan mengubah suai motosikal lalu…

Shuib Sepahtu Salahkan Segelintir Mat Motor, Rosakkan Imej YSuku

Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, menerusi laman Instagram @shuibsepahtu telah memuat naik kenyataan menyalahkan segelintir ‘mat motor’ yang menyertai perlumbaan haram punca pihak berkuasa bakal mengambil tindakan tegas terhadap motosikal yang diubah suai. Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan tindakan ‘mat motor’ yang merakam aksi perlumbaan haram dan aksi di jalan raya telah memberi kesan…

Motosikal Diubah Suai Lebih Stabil Berbanding Standard Kilang – Achey

Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal. Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi. Mohd Nasir Hamzah,…

Artis Yang Promosikan Ubah Suai Motosikal Akan Berdepan Tindakan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias akui pihaknya menyedari terdapat banyak kumpulan motosikal dan selebriti yang gemar memuat naik video yang memaparkan aktiviti pengubahsuaian motosikal jenis Yamaha Y15ZR. “Pihak kami akan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti yang cukup. “Mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang, tidak kira sama ada mereka…