“Perkara Menyalahi Undang-Undang Tak Perlu Kongsi Pada Umum”

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Mohd Zawawi terhadap selebriti atau artis yang gemar menayangkan aktiviti modifikasi motosikal kepada orang ramai menerusi laman sosial dan YouTube. 

“Artis atau selebriti kena ingat, apa yang mereka lakukan akan menjadi ikutan,” tambahnya.

Menurut laporan Harian Metro, Datuk Ismail menyifatkan tindakan mengubah suai motosikal lalu berkongsi tindakan itu di laman sosial telah mewujudkan pengikut yang mahu melakukan perkara sama.

“Selebriti atau artis seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada orang ramai,” jelasnya.

Dia turut menegaskan bahawa status selebriti tidak akan membuatkan mereka terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Tak kira siapa pun, kami akan tetap mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebelum ini, seorang artis telah dipanggil ekoran menggunakan nombor plat motosikal  yang tidak mengikut spesifikasi,” jelasnya.

Baru-baru ini Bukit Aman mengeluarkan kenyataan bahawa sedang memantau trend ubah suai motosikal dikalangan selebriti dan artis di Malaysia dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya mempunyai bukti kukuh

JPJ Kuala Lumpur turut menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana motosikal yang telah diubah suai hingga tidak mengikut standard ditetapkan.

(SUMBER: Harian Metro)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.