Untuk Dijual: Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden!

Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan. Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike Melancarkan Jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.

WorldSBK: Alvaro Bautista Sertai Pasukan Pengilang Ducati Bagi Musim 2019

Alvaro Bautista mengesahkan perpindahannya ke siri perlumbaan WorldSBK untuk musim 2019 setelah menandatangani perjanjian dengan pasukan Aruba.it Racing – Ducati. Penunggang MotoGP bagi pasukan Angel Nieto itu akan bersaing seiring dengan teman sepasukan baharunya, Chaz Davies. Kedua-dua penunggang bagi pasukan pengilang Ducati tersebut juga bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R 1,000cc baharu dengan harapan…